Perkasa Remaja
Perkasa Remaja yang mula dilaksanakan sejak
2009 dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu program
bagi melihat remaja bermasalah atau kurang bernasib baik berubah kepada ahli
masyarakat yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Sebagai contoh,
golongan ‘mat rempit’ yang menunggang motorsikal tanpa memikirkan keselamatan
diri sendiri dan orang lain.
Golongan sebegini, jika dibimbing dan diberi
pendedahan, mereka mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi seorang warga
yang dapat memberi sumbangan positif kepada negara kelak.
Melalui Kem PERKASA
Remaja yang berkonsepkan pemulihan dan Komuniti PERKASA Remaja yang
berkonsepkan pencegahan, dapat membantu golongan ini membina keupayaan kendiri
dan seterusnya mendidik mereka menjadi individu yang bertanggungjawab melalui
sesi motivasi dan latihan yang disertakan dalam modul program. - #Malaysia4All
Comments