Perkhidmatan Ubat Melalui Post 1Malaysia (UMP 1Malaysia)
Untuk meringankan beban rakyat, kerajaan telah memperkenalkan perkhidmatan
membekalkan ubat susulan terus ke rumah pesakit dengan kurier.
Melalui
perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia, pesakit kini boleh mendapatkan bekalan
ubat mereka dengan cara yang lebih mudah.
Pesakit tidak lagi perlu rasa
terbeban dengan menunggu lama untuk mendapatkan ubat dan ia juga menjamin
kesinambungan ubat untuk mereka yang mengalami kesulitan untuk ke hospital.
Pesakit yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini perlu ke kaunter farmasi di
hospital atau Klinik Kesihatan kerajaan untuk mendaftar.- #Malaysia4All
Comments