PERMATA Insan jana cendekiawan Islam
PERMATA Insan merupakan
sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan
tujuan melahirkan para saintis, teknokrat, penyelidik, cendekiawan dan
profesional Islam yang boleh dibanggakan negara dan ummah.
Program ini
merupakan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang melibatkan pelajar pintar yang
berusia 7 hingga 12 tahun dan mempunyai kecenderungan dalam ilmu pengajian
Islam, khususnya al-Quran dan Sunnah.
Penubuhan Kompleks Kolej Permata Insan di
USIM dengan peruntukan RM68juta menjadi platform utama untuk pelajar yang
melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan Pembelajaran
Abad 21 seperti penggunaan peranti iPad, Apple TV dan teknologi terkini.
#Negaraku - #Malaysia4All
Comments