E-Skoba – Malaysia4All : PERMATA PINTAR




PERMATA PINTAR 

Program PERMATA PINTAR adalah antara insiatif yang diperkenalkan oleh PERMATA bagi mengenal pasti pelajar pintar, cerdas, dan berbakat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum. 

PERMATA PINTAR yang diperkenalkan pada 2008 berada di bawah kelolaan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai institusi pelaksana. 

Program ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan apabila terbukti ia mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak yang berbakat besar, misalnya, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan untuk membina sekolah PERMATA PINTAR bagi fasa pertama yang dibuka secara rasmi pada Januari 2011. #Negaraku #BarisanProRakyat - #Malaysia4All

Comments