E-Skoba – Malaysia4All : PKR gaduh lagi dengan Rafizi



PKR gaduh lagi dengan Rafizi 

Ketika Pakatan sibuk meraikan 'kemenangan' kerana akhirnya mereka berjaya melantik kepimpinan tertinggi walaupun ia hanya sandiwara,  PKR pula 'dikejutkan' pula perbalahan antara Dr Tan Kee Kwong dan Rafizi Ramli disebabkan  berebut pengaruh. 

Rafizi yang membuat siri jelajah INVOKE - Jom Bina Semula Negara di Wangsa Maju telah membangkitkan kemarahan Dr Tan kerana tidak dimaklumkan walaupun dia adalah Ketua Cabang dan Ahli Parlimen PKR. 

Dr Tan juga bengang kerana Rafizi memilih Wangsa Maju sedangkan ia bukan kawasan 'bahaya' sebaliknya menang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada 2013. 

Krisis dalaman PKR semakin menjadi barah kerana wujud tiga puak - Anwar Ibrahim/ Wan Azizah, kartel Azmin Ali manakala Rafizi pula mempengaruhi golongan muda dalam parti itu untuk membina kekuatannya sendiri dengan mempergunakan INVOKE. 

Rafizi terpaksa menyelamatkan karier politiknya kerana kartel Azmin makin berkuasa dan pasti membalas dendam terhadap Naib Presiden PKR itu. Rafizi telah beberapa kali 'menyerang' Azmin dan puaknya termasuk menjadi dalang kepada pembongkaran kekayaan luar biasa Adam Rosly. 

Negara bakal kucar kacir jika PKR mentadbir kerana parti itu dipenuhi ahli politik pendendam dan busuk hati. #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 - #Malaysia4All

Comments