E-Skoba – Malaysia4All : PKR yang terdesak bukan Najib!


PKR yang terdesak bukan Najib! 

PKR mendakwa PM Najib Razak terdesak apabila membuat kenyataan balas kepada Tun M yang dilapor menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM pakatan tetapi bekas PM itu kemudian menafikannya.  

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil cuba memperbodohkan rakyat kerana yang terdesak adalah PKR disebabkan perebutan kuasa yang kian memuncak antara Wan Azizah dan Azmin Ali. 

Azmin yang bercita-cita jadi calon PM pakatan  perlu menjadi Presiden PKR secepat mungkin. 

Jika Azmin menggulingkan Wan Azizah bermakna gulingkan Anwar.  Maka Nurul Izzah perlu menyelamatkan papanya walaupun terpaksa  mengemis dengan Tun M agar menyokong Anwar menjadi PM. 

PKR sedar Tun M lebih memihak Azmin kerana MB Selangor itu anak angkatnya. Nurul mungkin berjanji kepada Tun M bahawa Anwar sedia tidak memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal Forex sebagai balasan kepada Tun M. 

Inilah pakatan yang penuh tipu muslihat, politik dendam dan tikam menikam. #PakatanproDAP #Mahathirsudahlupa  - #Malaysia4All

Comments