Rafizi patut dedah muslihat Tun M
Rafizi Ramli memberitahu
rakyat Malaysia kononnya PH bakal memenangi PRU14 berdasarkan kaji selidik
terbaharu INVOKE yang mendapati 36% Melayu menyokong pembangkang berbanding 35%
menyokong BN.
Dapatan itu tidak
mengejutkan kerana kaji selidik INVOKE sebelum ini pun memihak kepada Pakatan
malah satu sebab INVOKE ditubuh ialah mempopularkan semula Pakatan dan Rafizi
selepas kredibilitinya terjejas teruk kerana kes-kes fitnah.
Rafizi tidak pula
berani memberitau rakyat Malaysia yang pakatan
telah ditipu oleh top dog Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu menukar
kerajaan BN.
Sejak menyertai pakatan, Tun M tidak fokus kepada Sabah dan
Sarawak yang menawarkan 56 kerusi parlimen dan menjadi deposit tetap BN.
Sebenarnya Tun M hanya
mahu menjatuhkan PM Najib Razak bukan pun berjuang untuk rakyat atau menyelamatkan
negara. Jika UMNO/BN menang tipis pada
PRU14, dia akan mempengaruhi UMNO supaya menyingkirkan Najib.
Tun M sebenarnya
tidak mahu BN/UMNO kalah dan tidak mahu PH menang. Tun M hanya perguna PH untuk singkirkan
Najib. Mustahil Tun M kekal dalam PH kerana dia tidak pernah suka Anwar Ibrahim
dan rasis seperti Lim Kit Siang.
Tidak mustahil juga dia akan bubarkan Pribumi
untuk sertai semula UMNO seperti yang berlaku kepada parti Semangat 46.
Kalau tidak menipu bukan Mahathir namanya.
#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 #KekalBNTolakPH #BarisanProRakyat -
#Malaysia4All
Comments