Skandal Bilion Ringgit Wang Rakyat & Tindakan Mahkamah
1. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri kini sedang bergelut dengan skandal
bilion ringgit wang rakyat.
Di antaranya melibatkan Projek Terowong Bawah Laut
Pulau Pinang kerana dikatakan menelan kos kajian dan pembinaan yang tidak masuk
akal.
2. Ironinya, projek itu didakwa 'telah berjalan mengikut jadual' tetapi
kini, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2022 pula, jauh
menyimpang daripada jadual perlaksaan versi kerajaan cauvinis DAP negeri.
3.
Kos perunding projek itu berjumlah RM305 juta. Sebelum ini, profesional Lembaga
Jurutera telah membuat pengiraan di mana bayaran maksimum yang dibenarkan
berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi 3 projek utama jalan raya di Pulau
Pinang.
4. Manakala, sejumlah RM177.5 juta yang dibayar kerajaan DAP adalah 4
kali ganda bayaran maksimum dan nilai RM177.5 juta itu tidak termasuk sebarang
bayaran untuk terowong kerana kajian untuknya belum selesai tetapi sudah
dibayar!
5. Lim Guan Eng juga semakin pening kepala apabila terdapat laporan
berita yang merujuk kepada beberapa pihak kontraktor jalanraya yang
mempertikaikan sikap 'murah hati' kerajaan DAP ini. - #Malaysia4All
Comments