E-Skoba – Malaysia4All : `Superman' Hew Buktikan Realiti `Melayu Skru Melayu'



`Superman' Hew Buktikan Realiti `Melayu Skru Melayu' 

1. APA yang Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai `Superman’ dari DAP cakap dalam video yang tular tahun lalu supaya 'biar Melayu skru orang Melayu' sudah menjadi kenyataan hari ini. 

2. Mana tidaknya. Struktur kepimpinan Pakatan Harapan terdiri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum atau De Facto) manakala Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presidennya membuktikan kebenaran kata-kata 'Superman’. 

3. Strategi 'Melayu skru Melayu’ inilah digunakan DAP yang mengepalai Pakatan Harapan sehingga sanggup merelakan orang Melayu diangkat sebagai pemimpin tertinggi pakatan itu meskipun DAP lah paling dominan dalam pembangkang. 

4. `Superman’ Hew nampaknya 'cerdik’ meramalkan apa yang akan terjadi. 

Ketika bercakap pasal `Melayu skru Melayu itu’, `Superman’ membuat kenyataan berkenaan semasa pilihan raya negeri Sarawak Mei tahun lalu dalam usahanya untuk memikat hati pengundi supaya memilih calon DAP Abdul Aziz Isa untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Kitang. 

"Ini pertunjukkan yang baik untuk kita tonton, setuju tidak?” tanya`Superman’ dalam ucapannya itu. - #Malaysia4All

Comments