Transit Aliran Massa (MRT) - Stesen Muzium Negara
Stesen MRT
Muzium Negara adalah salah sebuah stesen MRT bawah tanah selain daripada enam
buah stesen bawah tanah yang lain.
Stesen ini terletak di Jalan Damansara,
bahagian barat Kuala Lumpur.
Konsep yang diaplikasikan bagi pembinaan stesen
ini adalah luaran pintu masuk stesen dipengaruhi oleh kristal kuarza yang
terdapat di Bukit Tabur, Gombak serta reka bentuk dalaman yang bertemakan
Sejarah pengangkutan awam di Kuala Lumpur selain mengekalkan warisan dan budaya
Malaysia yang kaya.
Ia mula beroperasi pada 17 Julai 2017 setelah dilancarkan
oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah memberi manfaat kepada beribu-ribu
penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT setiap hari. - #Malaysia4All
Comments