E-Skoba – Malaysia4All : Transit Aliran Massa (MRT) -Stesen Bukit Bintang


Transit Aliran Massa (MRT) -Stesen Bukit Bintang 

Stesen MRT Bukit Bintang adalah salah sebuah stesen MRT bawah tanah dengan keluasan 137.4m x 23m yang terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail – Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Reka bentuk stesen ini adalah melalui tema dinamik yang diaplikasikan melalui struktur binaannya. Ia bersesuaian dan sangat berkait rapat dengan kepesatan aktiviti pelancongan dan perdagangan yang terdapat di Bukit Bintang. 

Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu berjalan kaki di sepanjang bangunan Yayasan Selangor untuk sampai ke stesen MRT Bukit Bintang dari stesen monorel. - #Malaysia4All

Comments