E-Skoba – Malaysia4All : Transit Aliran Massa (MRT) – Stesen Pasar Seni



Transit Aliran Massa (MRT) – Stesen Pasar Seni 

Stesen MRT Pasar Seni adalah stesen MRT bawah tanah selepas stesen Muzium Negara yang terletak di Jalan Mohamed, Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Masjid Jamek, iaitu stesen selepas Pasar Seni di laluan Kelana Jaya. 

Ia dibina di atas tapak lama stesen Bas Klang dan bersebelahan dengan Plaza Wawasan serta UO Shopping Centre. 

Konsep yang diaplikasikan bagi pembinaan stesen Pasar Seni adalah reka bentuk dalaman stesen yang bertemakan pertemuan antara dua buah sungai iaitu Sungai Gombak dan Klang yang terletak di Masjid Jamek. 

Selain itu, luaran pintu masuk stesen pula dipengaruhi oleh kristal kuarza yang terdapat di Bukit Tabur, Gombak. 

Kini, penumpang mahupun pelancong yang ingin singgah di Pasar Seni tidak perlu risau lagi soal masalah pengangkutan, kerana kemudahan MRT yang kini telah mula beroperasi bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang menggunakannya. - #Malaysia4All

Comments