E-Skoba – Malaysia4All : Transit Aliran Massa (MRT) - Stesen Cochrane


Transit Aliran Massa (MRT) - Stesen Cochrane 

Stesen MRT Cochrane adalah sebuah stesen MRT bawah tanah dengan keluasan 3,088 meter persegi dan terletak di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. 

Ia juga berdekatan dengan pusat membeli belah Sunway Velcocity, MyTOWN Mall dan IKEA Cheras. 

Keunikan yang ditampilkan oleh stesen MRT ini adalah ia mengaplikasikan tema kehidupan urban dalam reka bentuknya. 

Konteks kediaman yang lebih lembut digunakan dalam konsep reka bentuk dan disesuaikan dengan bentuk binaan yang menaikkan semangat serta penggunaan warna harmoni di pintu masuk dan ruang dalaman stesen. 

Stesen ini yang mula dibuka pada 17 Julai 2017 kini menjadi antara pengangkutan awam utama yang digunakan oleh orang ramai bagi menghubungkan mereka ke destinasi pilihan. #Negaraku #TerimakasihPM - #Malaysia4All

Comments