Tunggu penipuan terbaharu Kit Siang selamatkan kroni
Keputusan ROS membatalkan Pemilihan Semula CEC 2013 membuatkan Lim Kit Siang
dan Lim Guan Eng mengelabah kerana banyak keputusan yang telah dibuat akan
terjejas termasuk pelantikan jawatan penting dan pemecatan keahlian parti.
Bekas ahli yang dipecat tidak sabar-sabar menunggu apakah penipuan seterusnya
oleh Kit Siang dan Guan Eng untuk menyelamatkan kroninya yang mendominasi CEC
melalui pemilihan “haram” pada 2012 dan 2013.
Antaranya adalah bekas ADUN
Teratai Janice Lee yang telah dipecat pada 2013 atas dakwaan salahguna
peruntukan DUN.
Janice bagaimanapun menegaskan dia menjadi mangsa komplot
kerana ada puak yang tidak senang dengan popularitinya melebihi Teresa Kok yg
rapat dengan Kit Siang.
Walaupun banyak tekanan daripada ahli sendiri DAP membuat
perancangan agar parti itu tidak diharamkan oleh ROS, jangan terkejut jika
kedua beranak ini tidak berbuat apa-apa.
Ada kemungkinan mereka akan
menggunakan peluang ini bertanding dibawah logo Pakatan Harapan yg lain untuk
menggelirukan pengundi Melayu. Begitulah politik kotor lagi licik yang
dimainkan DAP. #PakatanproDAP - #Malaysia4All
Comments