KUALA LUMPUR - Gara-gara marah berikutan pelaksanaan
pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan seorang pengerusi sebuah
syarikat ternama didakwa menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada
warna hitam.
Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh lelaki bergelar
Tan Sri tersebut ditularkan oleh warganet yang menyifatkan tindakan tersebut
sebagai biadab dan tidak menghormati bendera Malaysia.
Dalam tangkap layar hantaran itu, Tan Sri berkenaan
berkata, warna hitam tersebut berinspirasikan warna kasut hitam yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.
"Ini mungkin projek yang akan diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan selepas mewajibkan Jawi sebagai keutamaan berbanding
'Tangkap Jho Low' dan 'Pendakwaan Najib'. Hahaha," tulis lelaki berkenaan.
"Saya pasti semua orang tahu mengenai berita di
Malaysia terutama berkaitan isu khat.
"Saya telah menulis artikel berdasarkan pandangan
saya dan mungkin anda juga berkongsi sentimen yang sama," tulis Tan Sri
tersebut. Dalam artikel itu turut diletakkan gambar Jalur Gemilang dengan jalur
putih ditukar warna hitam.
Semakan di Facebook ahli perniagaan tersebut mendapati
warganet meluahkan kemarahan terhadap tindakan Tan Sri berkenaan.
"Aik dah padam, kurang ajar ye. Ingat langsi
sangat," komen Mohammad Asyraf Mohd. Nor.
"Adakah ini hantaran anda? Sangat kurang ajar,"
tulis Ahmad Yasir.
"Lucut balik jawatan Tan Sri dia ni," komen
Amirul Sofyan Syafiq.-UTUSAN ONLINE
Comments