E-Skoba - #MenujuPRU15 > Hutang negara: BN jadi ‘kambing hitam’, RM 1 trilion kini realiti


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) hanya dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ bagi menutup kepincangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di sebalik jumlah hutang RM1 trilion seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Malah, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad secara sinis berkata, jumlah tersebut juga bakal menjadi realiti di bawah pentadbiran kerajaan PH.
Katanya, apa yang mendukacitakan, kerajaan PH bukan sahaja telah menambah hutang, tetapi turut menjual pelbagai aset serta kepentingan negara.
“Kerajaan BN meninggalkan hutang cuma RM686.8 dan rekod jelas menunjukkan kerajaan mampu membayar hutang tersebut dengan baik. Namun apabila PH mengambil alih kepimpinan negara, semuanya bertukar kucar-kacir.
“Namun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam telah menambah hutang negara apabila membuat pinjaman terbaru berjumlah RM3 bilion yang menjadikan hutang kini berjumlah RM87.8 bilion (RM80.5 bilion dalam bon tempatan dan RM7.3 bilion bon samurai),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Comments