Kenyataan seorang taikun (penyokong kuat DAP) berkenaan
saiz dan keperluan mengecilkan saiz kakitangan awam ini bukanlah perkara baru.
Ini pandangan yang "lazim" diperjuangkan DAP buat sekian lama.
Kenyataan Koon Yew Yin yang mengaku pernah memberikan
ratusan ribu ringgit kepada DAP sebelum PRU yang lalu - membayangkan arus
pemikiran DAP yang sebenarnya.
Sebagai contoh, kalangan perajurit dan anggota tentera,
menurut taikun berminda 'rendah' ini, hanya menghabiskan masa dan merugikan
negara. Koon dan rakan-rakan DAPnya patut sedar diri; mereka mampu membina
kekayaan kerana pengorbanan perajurit dan anggota keselamatan!
Kita mahu tunggu dan lihat apa respon DAP terhadap
kenyataan penaja utama mereka ini? Kita juga mahu tahu respon Timbalan Menteri
Pertahanan (DAP) terhadap kenyataan yang sama ini?
Lebih daripada itu, sekalian orang Melayu/umat Islam
terus dipandang hina oleh mereka yang sealiran dengan taikun ini. Bukan sahaja
askar, kalangan guru dan pendidik; malahan majoriti kakitangan awam orang
Melayu disindir dengan kasar dan biadab sekali.
Pandangan kurang ajar, biadab dan bodoh seperti ini akan
berterusan selagi DAP gemar "memayungi" pendirian anti Melayu/Islam.
Kita tidak yakin DAP akan membidas kenyataan ini kerana taikun tersebut menaja
kemajuan politik mereka selama ini.
Sebelum ini, ada jutawan bangsa yang sama,
"menukar" warna bendera kerana kecewa dengan pengenalan khat/jawi.
Hari ini, perajurit, anggota keselamatan dan keseluruhan anggota kakitangan
awam mereka sanggup hina dan keji. Esok? Siapa pula yang bakal mereka gasak dan
pijak?
Malaysia sedang berhadapan suasana politik yang kian
mendung dan gelap. Semuanya berpunca daripada individu/kumpulan yang berkongsi
ideologi ekstrem ala-DAP. DNA anti Melayu/anti Islam milik DAP ini kian mekar -
kerana "kepentingan memiliki kuasa" mengatasi maruah parti Melayu di
dalam pakatan politik kerajaan.
DAP merupakan "sekutu" politik yang tidak
mungkin mampu dan mahu ditegur! Selagi DAP mempunyai "kuasa istimewa"
itu; selagi itulah maruah Melayu dan Islam terperosok jauh di bawah neraca
politik pihak kerajaan.
Selagi mana aliran pemikiran dan DNA politik DAP ini
wujud - selagi dan selama itu jugalah Malaysia akan terus luka dan bernanah
dengan isu perkauman seperti ini. Masanya sudah tiba, untuk semua parti
Melayu/Islam memikirkan secara serius untuk menamatkan riwayat politik DAP
sepenuhnya. Hakikatnya, DNA politik ekstrem ala-DAP, perosak pembinaan negara
bangsa!
Jika kita berani memberi gelar Dong Zong sebagai rasis dan
membahayakan muafakat bangsa Malaysia; apa bezanya dengan DAP? Malah, saya
berani mengatakan secara jelas bahawa akar rasisme Dong Zong ini telah dipupuk
DAP buat sekian lama!
* Penulis ialah Ahli Parlimen Kepala Batas dan juga Ahli
Majlis Tertinggi UMNO
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan
tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia
Comments