Baccang Inn - Konvensyen Sokampung



Baccang Inn merupakan satu kenangan yang terindah ketika zaman aku kanak-kanak lagi. Kenangan itu termasuk kenangan pahit dan manis. Asam garam kehidupan bermula di sini. Ada masanya membuatkan aku senyum sendirian.

Usia Baccang Inn seusia Paksu Pian, 45 tahun. Aku baru berusia 29 tahun. Bayangkan, ayahku, pakcik-pakcikku, rakan-rakan seusia aku, antara penghuni yang menjadikan Baccang Inn singgah sana selepas pulang dari sekolah dan sebelum pulang ke rumah. Kenangan itu memang indah. Baccang Inn menjadi saksi penduduk kampongku menjadi penduduk Malaysia yang berjaya dan berbakti kepada Malaysia dan ada juga yang tidak bernasib baik kerana silap memilih jalan hidup. Namun, penduduk-penduduk kampungku, sentiasa memberi yang terbaik. Generasi dulu sehingga generasi hari ini ibarat aur dengan tebing. Sentiasa bekerjasama dalam apa juga perkara. Tidak kiralah sekiranya ada kenduri kendara, hal-hal kematian, bersembahyang jemaah di masjid dan sebagainya. Pendek cerita kemeriahan ini bermula di Baccang Inn. Namun, ada juga samseng kampong atau pemuda-pemuda nakal yang meriuhkan lagi suasana kampong.

Aku Dania seorang yang berwatakan seperti lelaki. Gemar mengikuti Paksu Pian melepak di Baccang Inn. Walau pun aku sering diejek dan diperli, peliknya aku langsung tidak ambil kisah. Mereka lama kelamaan dapat menerima aku dengan baik sekali. Aku gembira melalui kehidupan seperti ini. Kehidupan inilah yang mendewasakan aku dan aku bijak memilih jalan hidupku sendiri. Aku berterima kasih dengan Baccang Inn.

Aku berkawan-kawan dengan Julie, Shariffah, Atuk (nama timangan), Intan, Jebri dan ramai lagi rakan-rakan sekelas. Ada saja cerita yang menceriakan suasana. Kamilah angkatan kaki ponteng. Kemana saja kami? Sudah tentunya melepak di Baccang Inn. Sehingga cikgu disiplin kami tak perlu bersusah payah mencari kami. Cikgu Rusdin akan datang menjemput kami di Baccang Inn. Ada masanya pula Cikgu Rusdin juga melepak seperti kami. Malah, Cikgu Rusdin juga mempunyai cerita disebalik Baccang Inn.

Kini aku menjadi wartawan sambilan di akhbar tempatan iaitu Sinar Harian. Namun aku tak pernah menulis kisah istimewa kampungku. Sehingga satu ketika aku sudah bosan menulis perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan diri aku. Kebetulan minggu ni aku balik kampong dan melihat Baccang Inn berwajah baru. Aku jadi terkasima dan terkedu. Sedihnya.. Apa istimewanya Baccang Inn sehingga membuatkan aku senyum sendirian?

Dulu zaman kanak-kanak, kami selalu bermain permainan kampong. Contohnya, galah panjang, main getah, main tarik upih, main polis entry, main sorok-sorok, main layang-layang, main tangkap rama-rama, congkak, batu seremban, tudung botol, mandi di sungai dan sebagainya. Sudah penat bermain, kami akan berehat sambil berbual, sambil ketawa berdekah-dekah. Seronok zaman kanak-kanak kami. Ayah aku Tuan Hj Muis memang terkenal garang. Ada satu hari tu, aku tengah makan ais krim batang, disergahnya kami dari belakang. Tanpa berlengah lagi aku lari pecut tak pandang belakang. Sampai saja di rumah, aku lihat ayah aku sedang membaca surat khabar. Laju pulak orang tua ni bawak kereta. Aku malas nak berfikir. Abang dan adik aku hairan kerana belum lagi senja aku dah sampai ke rumah. Apa-apa jelah.

Malamnya pula, antara aku tiga beradik aku lah orang pertama siap dulu nak pergi mengaji. Lepas balik dari mengaji aku mesti menyinggah di Baccang Inn. Entah apalah yang istimewanya Baccang Inn ni sehingga kami terpedaya. Orang kata pokok bacang yang tertubuhnya Baccang Inn di berpenunggu. Aku takut juga. Pakteh Rahman suka cerita dekat kami yang masih lagi kanak-kanak ketika itu. Selepas je dengar cerita dari Pakteh Rahman, aku desak Paksu Pian hantar aku balik, aku tak kira. Bila dikenangkan, mungkin Pakteh Rahman tak mahu kanak-kanak melepak. Balik mengaji, sambung buat kerja rumah dan belajar. Usia kanak-kanakku dan rakan-rakan dihabiskan dengan bermain berhampiran Baccang Inn. Apa kisah belajar.

Pernah sekali Baccang Inn di bakar oleh ayah Pakteh Rahman, Atuk Nan

. Katanya dari pokok sampai lah ke pundungnya, berpuaka. Dah menyinggah, tak reti nak pulang. Masa tu, Atuk Nan marah betul dengan Pakteh Rahman. Isterinya yang sarat mengandung tak dibela. Aku ingat lagi kisah ini. Kisah yang membuatkan kami marah sangat dengan Atuk Nan. Dah nama pun tempat berpuaka, tak sampai seminggu kami tiada tempat melepak, Atuk Nan dan Pakteh Rahman membeli papan baru untuk didirikan Baccang Inn yang baru. Tidak kira tua muda, kanak-kanak membantu sama. Baccang Inn punya penangan. Gila gempak.

Sejurus siap, malam tu kawan-kawan Paksu Pian macam orang tak ingat dunia. Mereka bermain judi daun terup. Masa tu, aku penat sangat. Ada di rumah tidur. Keesokan harinya, aku pergi sekolah macam biasa, sempat menjeling ke Baccang Inn. Aku tengok lain macam dan suram pula Baccang Inn ni. Atuk, kawan karib ku bercerita; abang Udin Limpong semalam dirasuk puaka pokok bacang. Tegak bulu romaku mendengarnya. Biar betul, selama ni tak pernah berlaku pun kejadian seumpama itu. Aku mendengar tekun. Macam tak ada kerja lain. Sedangkan Cikgu Rusdin kejap lagi masuk mengajar Sains. Aku memang dah tak tekun lagi selepas mendengar Atuk bercerita. Mustahil!!! Cikgu Rusdin pula sempat menyindir kami kerana tidak ponteng hari ni. Si Shariffah pula, si lurus bendul ni bercerita yang Baccang Inn berpuaka. Apa lagi, kenyang kena perlilah kami dibuatnya. Tapi apa nak kira, kami bukan ambil hati pun apa yang Cikgu Rusdin ni cakap apa. Dia pun kaki lepak juga. 2 x5, 5 x 2.

Hari ni sorang kawan aku dan pemuda-pemuda kampung tidak berani melepak. Tapi entah kenapa lepas balik dari sekolah dan menukar baju, aku pergi Baccang Inn dan lepak seorang diri. Aku bawa kerja sekolah ku bersama. Aku buat kerja sekolah dengan tekun sambil melancar sifir matematik. Lama kelamaan aku terlelap. Sedar tak sedar aku dah berada ke alam lain.

Dalam masa yang sama, kehilangan ku telah mengemparkan ayah dan ibu dan rakan-rakanku. Begitu juga dengan paksu Pian, Pakteh Rahman dan beberapa pemuda lain. Mereka mencari aku, sedangkan aku nampak mereka mencari aku. Tapi aku pula sedang dilayan oleh seorang makcik yang sangat cantik. Aku tahu mereka mencari aku, tetapi makcik cantik ni memujuk aku supaya jangan pulang. Aku dapat lihat ibu menangis di bahu ayah. Ayah pula kelihatan risau. Sayang juga ayah dengan aku.

Abang Udin Limpong yang pernah di rasuk malam kelmarin dapat melihat aku, tetapi semua orang tak percaya kepada abang Udin Limpong dan menganggap abang Udin Limpong tipu. Dalam masa yang sama, datang pawang wak. Dia memberitahu aku dalam keadaan yang selamat dan minta semua orang bertenang. Orang-orang kampung semua berkumpul melihat pawang wak membaca sesuatu, kemudian menuju ke pokok bacang.


Berlaku perkara aneh apabila makcik ni menangis tak mahu lepaskan aku, aku pula seperti di dalam di lema sama ada terhasut dengan pujukan makcik tu atau terus kembali ke alam nyata. Pawang Wak tekun membaca doa-doa dan akhirnya, dengan tiba-tiba aku sudah berada di kumpulan yang berkumpul. Dalam masa yang sama pula Pawang Wak kembali kumpulan itu tadi dan menceritakan serba ringkas tentang aku hilang sementara waktu. Sementara Pawang Wak memandang aku dan kepala aku diusap-usap dengan jemarinya. Pawang Wak bertemu dengan pemuda-pemuda yang suka melepak di Baccang Inn untuk buat sesuatu di Baccang Inn.

Ayah dan ibu membawa aku pulang. Abang dan adik ku jalan beriringan. Ayah bebelkan aku. Aduh, dasar guru. Ada saja yang ditegurnya. Ibu pula memenangkan aku. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, telinga aku kena piat kat ayah. Nak melawan, takut. Nasib lah.

Sejak hari tu, ayah membuat peraturan baru. Pergi ke sekolah di hantarnya. Balik dari sekolah dijemputnya, pergi mengaji dan balik mengaji semua di hantar dan diambil. Sungguh prihatin ayah ku ini sehingga Julie dan Shariffah bosan melihat aku menjadi anak emas ayah secara tiba-tiba. Lama kemudian, mungkin ayah sudah berasa penat, dia meminta abang mengambil alih tempatnya. Sekali dua tu disiplin aku sangat baik sekali. Kemudiannya, aku memujuk abang supaya lepak sementara. Mula-mula sekejap. Lama kelamaan, abang pula berminat melepak sama. Aku pula yang terpaksa mengajak dia balik. Kurang asam abang aku ni. Bila balik ke rumah pula, dia panddai menjual nama aku yang selalu menyebabkan dia lambat. Nak tak nak aku selalu kena hukum dengan ayah. Aku tak pernah ambil kisah dan ambil peduli pun. Ayah pun tau memang aku suka melepak kat Baccang Inn.

Abang pula sejak teruja dengan Baccang Inn ni, dia sudah pandai merokok. Aku nasihatkan juga. Ayah nampak aku yang berperangai pelik, jangan satu hari nanti ayah tau abang merokok, ayah pula marah dengan Baccang Inn. aku tak suka. Aku sayang dengan Baccang Inn.

Pada satu hari, aku, Julie, Shariffah, Atuk, Jebri, Intan sama-sama melepak. Masa ni tiada orang bujang pun yang melepak. Kami mengulangkaji pelajaran. Sambil belajar, bergurau senda, berbincang tentang pelajaran, aku dapati Atuk nampak lain ke atau ini perasaan aku sahaja. Aku tau kawan-kawan aku yang lain juga perasan akan hal ini. Rupa-rupanya Atuk ada menaruh hati pada aku. Cantik rupanya aku ni. Aku perasan, Atuk mulai prihatin dengan diriku. Bagi aku mungkin ini dasar berkawan-kawan. Lagi pun usia pun muda lagi. Mana la nak tau hal ni semua. Aku biarkan ini berlalu begitu sahaja.

Kami semakin dewasa. Di sekolah menengah yang sama. Rutin harian kami masih lagi sama. Pergi sekolah, balik sekolah melepak di Baccang Inn. Atuk pula makin berani meluahkan perasaannya. Aku menjadi malu sendirian. Aku tidak pernah terfikir ini semua. Aku fikir muda lagi. Akan datang aku tak tau. Aku nasihatkan Atuk supaya kita sama-sama belajar dan mengejar impian kita. Aku tak pasti sama ada Atuk faham tak faham maksud aku. Bagi aku, sekolah dululah. Rupa-rupanya dalam masa sama Intan dan Jebri sudah menjalinkan cinta sejati. Kemana sahaja, mereka pasti berdua. Kami tumpang gembira. Untuk kebahagiaan kawan-kawan la katakan.

Kehidupan remaja semakin seronok. Aku, Julie, Shariffah anak dara yang sangat nakal. Jebri dan Intan tidak boleh diganggu lagi. Atuk menjadi penjaga kami. Ada masanya kami pula kena menjaga dia. Kami selalu keluar ke pekan, tengok wayang, mancing ikan, melepak di Baccang Inn. Ayah pula tidak seperti zaman aku kanak-kanak dulu. Sekarang lebih banyak berbincang dan berdiskusi. Aku tidak lagi suka lari dari rumah. Abang pula sedang menyambung pelajaran di Universiti. Malah kami berenam menjadikan belia kampung sangat meriah dengan pelbagai aktiviti. Pada satu ketika kami pernah menganjurkan hari keluarga kampung kami. Aktiviti ini sempena hari kemerdekaan. Kami sambut dengan meriah sekali. Kami mengadakan pelbagai acara sempena bulan kemerdekaan, seperti pertandingan mewarna bendera kanak-kanak, kibaran jalur gemilang keliling kampong, larian merdeka, aerobik merdeka, sukaneka, pertandingan bola sepak dan sebagainya. Kami berjaya mengeluarkan penduduk-penduduk kampong sepanjang bulan kemerdekaan. Sungguh seronok. Pada malam kemerdekaan, kami mengadakan tayangan wayang pacak. Usaha kami sendiri. Kami sajikan penduduk kampung cerita zaman kemerdekaan sementara menunggu detik kemerdekaan kali ke 53 tahun. Kami berenam berpelukan sesama sendiri kerana kami bangga menjadi anak Malaysia dan membawa misi kerajaan 1 Malaysia. Izhar merupakan ketua belia mengucapkan terima kasih kepada kami kerana merealisasikan satu program yang sangat bermakna. Yup, kami anak Malaysia.

Kini umurku sudah menjangkau 29 tahun. Zaman kanak-kanakku, usia remaja, Baccang Inn mengamit memoriku. Aku tidak sepenuhnya berjaya merealisasikan impianku. Sekurang-kurangnya aku berdaya usaha juga. Aku mampu menabung sedikit bagi menghantar ayah dan ibu mengerjakan umrah. Pencapaian terbaik sebagai anak. Semoga.

Apabila kami sahabat dapat melanjutkan pelajaran di universiti, kami jarang berjumpa dan bertemu. Hanya cuti semesta menemukan kami. Bekerja sebagai wartawan sambilan, aku tidak mempunyai kerjaya tetap yang lain. Walau pun namannya sambilan, aku pastikan setiap tugasan yang aku perlu laksanakan akan siap pada masanya. Seminggu 4 kali tugasan aku mesti diterbitkan. 3 hari yang lain tugas aku mencari bahan. Maknyanya, masa kerja aku sama seperti mereka yang kerja sepenuh masa. Minggu ni aku berada di kampong halaman aku sendiri, berada di rumah ayah. Aku bertemu dengan budak-budak kampong, penduduk kampong, aku melepak di Baccang Inn. bertemu dengan Paksu Pian, Pakteh Rahman, Tok Nan, Abang Udin Limpong, Cikgu Rusdin, Pawang Wak. Kesemua mereka mengamit kenangan aku.

Julie sudah menjadi guru sukan di Johor Bharu. Shariffah pula seorang akauntan bertauliah. Jebri dan Intan pula mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak 3 orang anak perempuan. Atuk, sudah berpangkat Leftenan tentera udara. Beberapa kawan aku yang duduk di kampung ada yang bertani, perjalanan hidup tidak sempurna kerana terjebak dengan najis dadah.

Aku terserempak dengan Pak Lah iaitu ayah Shariffah. Dia bercerita tentang Shariffah yang telah bertunang dengan lelaki berbangsa India. Menunggu masa untuk dinikahkan. Pak Lah juga bertanya kisah aku dengan Atuk. Perkara tidak pernah diputuskan oleh aku. Maka, hubungan itu hanya sekadar kawan biasa atau teman tetapi mesra. Selalu juga Atuk mengirimkan khabar berita kepada aku.

Aku selalu juga bercerita-cerita dengan ibu. Ibu mengusahakan kedai makan berhampiran dengan Baccang Inn. Di bantu oleh Dani, satu-satunya adik aku. Aku melihat ayah pula selepas pencen guru, tidak membuat kerja lain, menjadi pelayan sepenuh masa di kedai makan. Melayan pelanggan yang terdiri dari penduduk kampong sendiri. Aku melihat ayah dan teman-temannya berbual-bual kisah kampong, politik, sosial dan sebagainya. Kedai makan ni dah jadi tempat melepak yang kedua pula selepas Baccang Inn. Namun, Baccang Inn tetap menjadi tempat no 1 dalam kampong ini.

Selama ni ayah dan ibu tidak pernah tahu aku bekerja sebagai apa. Aku tidak pernah memberitahu mereka. Membuatkan ayah pernah berperasangka aku buat kerja tak elok di Kuala Lumpur. Menyebabkan aku tidak balik ke kampong beberapa lama. Bila aku pulang ke kampong dan menceritakan pekerjaan aku yang sebenarnya sebagai wartawan sambilan, marah ayah kembali reda. Aku menjelaskan sendiri masa bekerja aku dan aku melihat ayah mulai faham. Dan ibu pula memujuk aku supaya tinggal sahaja di kampong dan menyelesaikan tugasan itu dikampong. Aku pernah terfikir juga. Tetapi aku terlalu sibuk melaksanakan tugasan aku. Apabila berkesempatan balik ke kampong, aku berfikir perkara yang serupa dengan ibu. Sudah sampai masanya aku balik ke kampong untuk bersama dengan keluarga dan aku sudah tidak punyai banyak masa.

Harian aku kini di kampong halaman dan melihat suasananya tidak pernah berubah. Aku melihat kanak-kanak masih bermain permainan kampong, masih ada kanak-kanak yang melepak di Baccang Inn. aku dengar dari Maksu Timah isteri Paksu Pian, anaknya Nabila yang bongsu pula mengikut jejak aku yang suka melepak di Baccang Inn. Puas Paksu Pian menegur Nabila supaya tidak selalu ke Baccang Inn. Namun, lama-lama mereka biarkan Nabila. Baccang Inn tidak pernah memudaratkan orang kampong. Kata Paksu Pian akhirnya. Lagi pun setiap kali Nabila balik dari Baccang Inn, ada sahaja cerita lucu yang dibawanya. Paksu Pian juga memberitahu, Baccang Inn tu macam pusat ilmu pada penduduk kampong ni. ramai juga yang melepak di Baccang Inn sudah menjawat jawatan penting dalam kerajaan, menjadi ahli perniagaan yang berjaya, menjadi doktor, guru, akauntan, petani moden, leftenan dan sebagainya. Malah ADUN Kawasan sendiri juga selalu melepak di Baccang Inn zaman kanak-kanaknya sampailah dah bergelar YB. Ada yang tersasar pilih jalan hidup pun ada, tetapi jumlahnya kurang. Sayang Paksu Pian pada Baccang Inn. aku sendiri mengakuinya. Paksu Pian sendiri juga bercerita, kadang-kadang fungsi Baccang Inn lebih penting dari fungsi Balai Raya, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kawasan dan sebagainya. Mesyuarat ada masanya dilakukan di Baccang Inn sahaja.

Aku sendiri seronok juga bercerita dengan Nabila. Perasaan itu sama seperti ketika zaman aku kanak-kanak dulu kerana kami sama-sama merasai pengalaman itu.

Semuanya aku rekodkan dalam komputer riba aku. Bahan bertulis aku, kali ini sudah tentu akan menjadi lebih bermakna. Aku mahu meninggalkan naskah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan nanti supaya kesannya dapat dirasa oleh mereka yang mempunyai kenangan terindah.

tammat

Comments