Apa ada salah pada FELDA??


Penyenaraian MSM tingkatkan kedudukan Felda

KUALA LUMPUR 13 April – Kenanga Research menjangkakan penyenaraian Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. dengan anggaran penawaran tawaran awam permulaan RM1 bilion, akan meningkatkan kedudukan Felda sebagai peneraju dalam industri gula.

Malayan Sugar ialah unit cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd.

Kenanga dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyenaraian itu akan menyediakan kumpulan tersebut dengan peluang untuk memperoleh perakuan dalam pasaran modal.

“Ia juga akan membolehkan Felda merealisasikan pelaburannya dan pada masa yang sama mengekalkan kawalan ke atas aset,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidik itu berkata, menerusi pengambilalihan kepentingan dalam Integrated Healthcare Holdings Sdn. Bhd. oleh Mitsui and Co Jepun dari Khazanah Nasional Bhd. bagi RM3.3 bilion, sektor penjagaan kesihatan merupakan pilihannya yang akan datang.

Lebih-lebih lagi katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut mengenai kemungkinan pelaksanaan lebih RM1 bilion projek penjagaan kesihatan di seluruh negara yang dipacu oleh peningkatan dana daripada pengambilalihan.

Mengenai pelan induk pasaran modal, Kenanga berkata, pelan itu yang akan dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun ini, dijangka mewujudkan lebih banyak pasaran modal dan kewangan yang cergas.

Ia dijangka akan meningkatkan mudah tunai dan turun naik pasaran jika dilaksanakan dengan baik, katanya. – BERNAMA

Comments