Kerjasama memerlukan pengorbanan bagi mendapatkan hak bangsa. Kita tidak dapat lari dari menuntut hak dan dalam masa yang sama hak tidak dapat ditunaikan setiap satunya. Oleh yang demikian, semua bangsa perlu memahami isi hati masing-masing tanpa prajudis.
Di dalam kebebasan bersuara sesebuah negara misalnya, kita memerlukan undang-undang bagi mengawal hak-hak yang dituntut.
Sekiranya kita memberi hak membuta tuli, maka tanggunglah akibatnya kerana semua orang akan menuntut hak masing-masing sehingga kita tidak dapat memenuhi dan mendahulukan siapa yang sepatutnya berhak untuk diberi keistimewaan terlebih dahulu.
Oleh yang demikian, undang-undang adalah faktor yang dapat mengawal keadaan agar tenang.
Barisan Nasional (Parti Perikatan) sebelum merdeka menerima hakikat bahawa semua kaum memikirkan hak masing-masing. Oleh yang demikian, kerjasama sangat memerlukan pengorbanan bagi semua orang mengecapi hak.
Dengan penerimaan prinsip ini, kita boleh membuat tuntutan tetapi tuntutan itu tidak akan dapat diperolehi setiap satunya. Pada satu ketika, prinsip ini telah diterima baik dan kerjasama erat dapat dijalin.
Namun dekad ini, kerjasama yang dahulunya digengam erat telah dicemar oleh fahaman-fahaman radikal yang menuntut demokrasi. Ini sudah tentunya mempunyai dalang. Dan dalang itu tidak lagi diibaratkan sebagai musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.
Bukti-bukti sahih telah wujud dimana beberapa kuasa luar campur tangan.
Petikan ’BERSIH 2.0 Dapat Dana Asing’
Phil Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi. NAMFREL di Filipina adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 (baca sini). Maria Chin Abdullah pernah mengakui menerima dana daripada luar negara untuk BERSIH 2.
ANFREL yang merupakan payung kepada NIEI telah mendapat pembiyaan sejumlah USD$40,000 geran daripada NED untuk memantau sistem dan perjalanan pilihan raya di Asia. Geran tersebut juga disumbangkan untuk organisasikan pemerhatian jangka pendek dan jangka panjang untuk pilihan raya tertentu, bengkel untuk memantau pilihan raya, pendidikan tentang pengundian dan sistem pilihan raya. Memang jelas NIEI juga adalah sebuah NGO yang mendapat pembiayaan asing untuk menggangu perjalanan demokrasi di negara ini. NGO ini adalah antara NGO yang bakal bersama dalam BERSIH 2. Selamatkan negara ini daripada tangan-tangan asing ini.
Ini menyebabkan berlakunya pertembungan menuntut hak dan berlakunya konfrentasi bertopengkan demokrasi.
Maka, kita mesti menentang dan berjuang habis-habisan agar negara tidak tergadai kerana emosi mereka telah melepasi sempadan perasaan. Amat kasihan.
Petikan Peristiwa 13 Mei 1969
Latar belakang dan Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.
Adat bertanding ada menang dan kalah. Ianya bukanlah disebabkan SPR tidak adil. Sekiranya kita dapat belajar dari peristiwa lalu. Kita belajar dari kelemahan ketika itu. Lalu apabila ianya melibatkan harga diri, perjuangan kami akan berteraskan maruah ketuanan Melayu di tanahair Malaysia disamping kita memelihara persefahaman antara kaum.
Comments