Sejarah menjelaskan yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek – Bicara Tun Mahathir




Mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamed sangat berjasa kepada rakyat Malaysia. Kini beliau disegani rakan dan lawan.

Di bawah kepimpinan beliau selama 22 tahun, (1981-2003) menjadikan Malaysia sebuah negara maju, membangun serta disegani dunia. Kini sebagai tokoh ulung membuktikan kepimpinannya dulu membawa perubahan besar kepada rakyat Malaysia.

Pada hari ini, (2 Julai 2011)Tun Mahathir meluangkan masanya selama dua jam bersama-sama 200 generasi muda belia dalam satu Majlis Forum Generasi Muda 2011 Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Dato’ Razali Hj Ibrahim semalam.

Kehadiran Tun Mahathir disambut oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri dan kepimpinan belia negeri bertempat di Allson Klana.

Di dalam perkongsian matlamat perjuangan itu, Tun M dalam bicaranya sempat berseloroh; ”dengan umur 86 tahun ini, fikiran generasi tua tidaklah tua.”

”Fikiran generasi tua sangat berguna kepada generasi muda. Sementelaah pengalaman dan buah fikiran agak releven dengan cita-cita dan hasrat generasi muda.” disambut dengan tepukan gemuruh oleh para peserta forum.

Di dalam pertemuan singkat ini, Tun Mahathir banyak membicakan tentang Sejarah perpaduan berbilang bangsa di dalam Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu bagi hasrat mencapai kemerdekaan.

Tun M menjelaskan bahawa Tunku Abdul Rahman telah mencipta 1 cara kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti sesuatu kaum itu.

Dengan berlandaskan prinsip ini, setiap kaum mempunyai identiti bangsanya sendiri, di mana Melayu dengan beragama Islamnya, Cina dengan agama Buddha dan India dengan agama Hindunya. Serta bangsa Bidayuh, Iban, Kadazan dengan kepercayaan masing-masing.

Jelas Tun M lagi, ”agak sukar untuk kita menubuhkan satu pertubuhan pelbagai kaum. Parti yang ditubuhkan adalah mewakili kaum masing-masing. Ketika itu UMNO diwakili oleh bangsa Melayu, MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC diwakili oleh bangsa India.”

"Memandangkan majoriti penduduk Tanah Melayu adalah terdiri daripada bangsa Melayu, maka sudah tentu penubuhan kerajaan adalah dikalangan orang Melayu.”

”Namun kebijaksanaan Tunku ketika itu dengan mencipta gabungan yang tidak membelakangkan ciri-ciri perkauman, maka kerjasama erat dapat dicapai. Maka gabungan ini akhirnya dapat membentuk sebuah kerajaan pelbagai kaum.”

Prinsip tolong menolong dan kerjasama erat yang digunakan oleh Parti Barisan Nasional (Parti Perikatan) sejak sebelum merdeka sehingga kini telah memberi kejayaan buat Malaysia di dalam pelbagai bidang dan industri malah disegani oleh negara dunia ketiga.

Barisan Nasional menerima hakikat bahawa sekiranya kita menghormati prinsip dan menerima hakikat semua kaum akan memikirkan hak masing-masing maka keharmonian dapat dicapai.

Tetapi ianya memerlukan ’pengorbanan’ kerana tidak semua hak akan dapat diperolehi dan semua kaum perlu akur tentang itu dan perlu saling hormat menghormati.

Menyentuh tentang parti yang berlandaskan ’pakatan’ pula; Tun M tegas menyatakan ”orang yang berpakat tidak mempunyai matlamat jelas dan tidak mempunyai niat yang baik.”

Comments