


Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
Namun, adakah asimilasi total berlaku di Malaysia? Adakah Melayu yang menjadi tuan Tanah Melayu zalim kepada bangsa minoriti yang merantau di Tanah Melayu ketika itu? Adakah Tunku Abdul Rahman telah menghapuskan budaya dan agama bangsa ini terutamanya Cina dan India ketika itu?
Dengan kebijaksanaan dan toleransi yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman ini, adakah bangsa Cina dan bangsa India sudah lupa?
Adakah dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh Malaysia sejak merdeka itu sedikit demi sedikit bakal dilupakan oleh generasi muda yang lahir selepas pasca merdeka?
Kita juga tidak menolak asimilasi berlaku apabila berlakunya perkahwinan berlainan bangsa mahupun agama. Asalkan proses asimilasi itu memahami identity setiap satu bangsa yang terlibat.
Namun, di Malaysia kompromi tidak berlaku yang melibatkan isu agama Islam terutamanya apabila individu bangsa lain dan beragama lain berkahwin dengan individu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Biarpun individu itu lelaki atau perempuan.
Dengan adanya had dan undang-undang seperti ini maka identity bangsa Melayu beragama Islam tidak hilang. Ini kerana agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Dan pelbagai bangsa minoriti harus menghormatinya.
Tetapi sejak akhir-akhir ini, bangsa lain semakin tidak menghormati bangsa Melayu. Malah bangsa Melayu sebahgiannya pula sudah tidak mahu menggunakan bangsa untuk bersatu padu. Kenapa ini berlaku?
Intergrasi Nasional
Selain Melayu, Cina dan India yang dianggap sebagai kaum-kaum utama di Malaysia, kita harus menyedari bahawa terdapat beberapa kaum minoriti yang masih ada di Malaysia. Meskipun jumlahnya kecil, ia tetap menjadi faktor kepada kepelbagaian dan kerencaman kaum yang wujud di negara kita.
Sejarah amat penting kerana dengan sejarahlah, kita akan dapat melihat secara jelas kedudukan kaum-kaum di Malaysia dan lebih penting daripada itu memahami proses pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Kelaihan kita mengenal dan memahami sejarah akan memberikan kita pelbagai masalah seperti rasa tidak puas hati, buruk sangka dan lebih malang lagi, mempertikaikan hak dan kedudukan sesuatu kaum.
Kelemahan kita menguasai dan memahami sejarah juga mengakibatkan jurang integrasi antara kaum semakin melebar. Dan akhirnya berlaku bibit-bibit perpecahan. Perkara ini perlu disedari dan Melayu jangan mudah lupa.
Dalam pada itu, soal perpaduan dalam konteks Malaysia bukanlah bermakna kita harus mengorbankan identiti kaum masing-masing. Ini kerana pendekatan perpaduan yang sekian lama dilaksanakan di negara kita berteraskan konsep integriti. Dalam erti kata lain, Melayu akan kekal sebagai Melayu dan begitu juga dengan kaum-kaum lain.
Kita juga harus sedar bahawa Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri bukanlah satu proses asimilasi seperti yang dilaksanakan di beberapa buah negara termasuk jiran kita. Sebaliknya gagasan tersebut bertitik tolak daripada kepelbagaian dan perbezaan kaum yang menjadikan Gagasan 1Malaysia relevan untuk diperjuangkan.
Justeru itu, tidak timbul persoalan untuk menjadikan rakyat Malaysia menjadi satu entiti identiti sahaja. Gagasan 1Malaysia tetap mendukung perbezaan kaum dan identiti mereka malah perbezaan itulah yang menjadi titik tolak kepada seruan gagasan tersebut.
Sesungguhnya, perbezaanlah mendorong untuk kita bersatu. Dan itulah asas Gagasan 1Malaysia yang mahu memperhubungkan perbezaan-perbezaan yang ada dalam satu integrasi kaum yang padu. Perpaduan dalam kepelbagaian inilah yang akan menjadi kekuatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang dihormati di bawah Gagasan1Malaysia.
Dalam kita meraikan kepelbagaian dan perbezaan itu, kita tidak harus lupa akan sejarah. Sejarah wajar berperanan menjadi guardian atau penjaga kepada hubungan antara kaum di negara kita supaya integrasi nasional akan lestari dan kestabilan negara kekal abadi.
Prinsip Kenegaraan
• Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Prinsip Keadilan Sosial
• Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
• Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
• Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
Sebagai rakyat Malaysia, semoga kita memahami tujuan dan hasrat murni kerajaan yang memerintah lebih dari 50 tahun. Janganlah sekali-kali kita membiarkan fitnah dan omokan kosong mereka yang secara tidak langsung mahu menyokong usaha kepimpinan kerajaan.
Kerajaan mahupun pembangkang adalah manusia biasa. Janganlah sampai emosi melepasi sempadan perasaan kerana akan melahirkan manusia yang lupa asal usul.
Perpaduan rakyat
Perpaduan rakyat amat penting kerana ia adalah keutuhan dan keselamatan negara.
Trajedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan dan keharmonian amat penting untuk negara.Antara berlakunya trajedi ini ialah kerana perasaan tidak puas hati di antara kaum.
Pengajaran yang kita dapat perolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah rusuhan kaum tidak menguntungkan mana-mana pihak,mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dan berusaha mengatasi kemiskinan antara kaum dengan berusaha bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya,resepi Malaysia boleh berjaya hingga ke hari ini ialah kerana masyarakatnya yang hidup aman damai,bersatu,bekerjasama dan saling hormat-menghormati.Kita tidak mahu keharmonian masyarakat kita dicabul oleh kuasa-kuasa asing bagi menjatuhkan negara Malaysia yang tercinta.
Comments