Paroi, 16 September - Negeri Sembilan tanah tumpah darahku hari ini (16 September) telah mencatat sejarah terbilang negeri yang terlalu istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Selain dari adat yang berbeza berbanding negeri lain, ianya juga sebuah negeri yang unik dalam membentuk kerajaan dan pemerintahan negeri.
Kita bukan sahaja majmuk dari rumpun Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Tetapi jangan kita lupa, Negeri Sembilan kaya dengan permuafakatan dari rumpun persukuan. Deq kerana adat dan suku kita bersatu. Ibarat pepatah Negeri Sembilan, "Bagai aur dengan tebing, kita saling perlu memerlukan."
Penulis sendiri dari himpunan suku Seri Lemak Pahang, Suku Mungkal, Suku Mandailing, Suku Tanah Datar dan suku Biduanda. Kalau dicari rumpun saudara, mampu dibuka sekampung adat lagi. Itulah bahagianya penulis pewaris Adat Pepatih.
Mungkin kita terlupa 1 perkara sebelum datang 1 perkara. Negeri Sembilan aman dan makmur kerana permuafakatan dek adat yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Mungkin kita boleh mengembalikan nostalgia budaya Negeri Sembilan yang diguna pakai sejak berkurun dulu digunakan pada setiap Majlis yang dianjurkan.
Hari ini penulis mahu berkongsi kegembiraan Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 54 tahun dan Sambutan Hari Malaysia kali ke 48 tahun di dalam bentuk sejarah bergambar. Semoga ianya menjadi nostalgia kita rakyat Negeri Sembilan.
Selamat menjamu mata, woghih-woghih..
Slide 1
Comments