Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sembilan

Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Selama ini Barisan Nasional diasak dengan pelbagai andaian dan persepsi yang tidak betul dan segalanya fitnah belaka. Walaupun dari pihak Barisan Nasional percaya dakyah pembangkang itu adalah sesuatu fitnah, tetapi ada yang perlu dikhuatiri kerana isu yang dicipta pembangkang itu akan menzahirkan persepsi yang negative di mata rakyat.

Sekiranya sentiasa diulang tayang, maka persepsi yang tidak benar akan dianggap benar lama kelamaan. Barisan Nasional pernah tewas pada persepsi PRU12 yang menunjukkan Barisan Nasional hampir tewas dan kecundang. Namun begitu, Barisan Nasional tidak pernah tewas kerana yang tertewas itu hanya mainan emosi di kalangan rakyat yang mendahulukan perasaan dari pemikiran akal yang waras.

Negeri Sembilan adalah destinasi yang kedua selepas Kedah dalam siri Penerangan Perdana oleh Biro Publisiti & Penerangan Barisan Nasional Malaysia dalam menerangkan sejelas-jelasnya apa yang sering dimomokkan oleh pembangkang dan kenapa kerajaan dianggap lemah.

Jawapannya ialah, Kerajaan tidak mahu mengambil tindakan yang melulu dan menyedari kuasa asing sedang memerhatikan perselisihan idealogi politik Malaysia.  


Di samping itu, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memegang portfolio Menteri Dalam Negeri yang turun padang dalam siri Penerangan Perdana yang berlangsung menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan sesekali menzalimi rakyat Malaysia walaupun tohmahan itu sering didengari di setiap ceramah, melalui unit media baru pembangkang, kesanggupan pembangkang menegakkan benang yang basah dan persoalan yang sentiasa berlegar-legar di fikiran ahli UMNO/BN itu sendiri. Ini sangat bahaya untuk masa depan pewaris akan datang. 


Akhirya, sekiranya kerajaan mengikut rentak emosi pembangkang manakala kuasa asing pula tunggu masa untuk campur tangan dan yang rugi ialah rakyat Malaysia tidak mengira Melayu, Cina dan India. Apa lagi pribumi Sabah dan Sarawak.

Melalui Gagasan 1 Malaysia yang diwacanakan oleh Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini mula menunjukkan hasil yang baik walaupun pembangkang tidak boleh menerima hakikat itu.

Tahniah di atas usaha Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional Malaysia. Apatah lagi Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam Perutusan Khas pada 15 September 2011 sebelum Sambutan Sempena Hari Malaysia.

Sila tonton berkali-kali rakaman Perutusan ini..

Bahagian 1

Bahagian 2


p/s : Pembangkang sudah goyang.. Siri Penerangan Perdana Tinta Jambu baru bermula. Masih ada lagi penerangan yang belum dikeluarkan. Tungggggguuuuu..



Comments