Apabila
mendengar tutur bicara beliau ketika Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2011 yang
lalu, hati sudah berkata, "Dato' tidak perlu mengeluarkan kenyataan
bernada emosi."
Kita sudah
tiada lain, sedang ke arah kejayaan memulihkan UMNO pada kaca mata rakyat.
Di mana angin
bertiup kencang, di situ langit akan gelap gempita..
Jangan lah
kita melatah apabila kedudukan dah terletak pada posisi menang. Namun apa daya,
kita cuma sekadar manusia biasa.
Ada atau
tiada, perjuangan tetap diteruskan.
p/s : Tinta
Jambu yakin, Dato' Shahrizat akan diberi kata-kata semangat di mana perjalanan
perjuangan masih lagi jauh.
Hamparan
cubaan dan dugaan sedang terbentang luas, dan mungkin angin secangkir madu
merah pengubat lelah si lebah yang sedang patah sayapnya.
Tidak ada
masalah yang tidak dapat di selesaikan dan emosi hanya mainan fikiran.
Suami oh
suami, kenapa tidak cakapppppppppppppp.. jawablahhhhhhhh..
1- Shahrizat
kini sudah kepenatan dan cukup letih dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional
(NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, selaku
Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan
pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Sekarang mari kita lihat kenapa dan mengapa dikatakan DS Shahrizat telah
memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat?
Jika tidak
meletak jawatan pun, Shahrizat tentu ingin bertanya khabar samada beliau
calon-yang-boleh-menang atau tidak.
Tetapi bagi
Najib sekarang, keutamaannya, adakah Sahahrizat akan tewas dimana-mana sahaja
kerusi jika dipertandingkan pada PRU13 kali ini. Ini lah yang paling diutamakan
bagi Najib sekarang.
Dilema Najib
pula ialah Shahrizat bukan calang-calang orang kerana beliau adalah Ketua
Wanita BN dan UMNO dan tidak sesiapa pun mahu sayap kiri Umno patah terkulai.
Najib betul-betul pening kerana risikonya tinggi.
Di rasakan
kesudahannya sekali Shahrizat akan muncul dengan senyuman dalam tangisan kerana
permohonan beliau untuk meletak jawatan di tolak oleh Najib.
Berbalik kepada isu kenapa dikatakan Shahrizat telah memohon meletakan
jawatan. Ikuti
alasan-alasan dibawah.
2- Pertama
sekali, DS Najib Tun Razak menafikan beliau menerima surat peletakan
jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Shahrizat
telah mengemukakan surat perletakan jawatan.
"Tidak,
saya tidak terima surat itu, tetapi saya akan komen bila sampai masanya,"
-
Najib selepas melancarkan
Pelan Induk Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baharu Rabu 22-12-11.
Berdasarkan
rekod yang lepas-lepas kenyataan Najib seperti, ‘tidak,
saya tidak terima surat’; membawa maksud bahawa beliau belum lagi
membaca surat tersebut, samada surat telah berada diatas meja beliau tetapi
belum disentuh atas alasan Najib sebuk kehulu ke hilir atau pun beliau
betul-betul belum menerima surat tersebut kerana ia masih berada ditangan
pegawai-pegawai beliau.
Apabila Najib
menambah bahawa, ‘saya akan komen bila sampai
masanya’, ia membawa erti surat tersebut memang telah ada dan
menunggu masa beliau membuat komen sahaja.
Penulis pernah
mendengar unkapan yang sama oleh Najib di kes yang berlainan dan ia akhirnya
berkesudahan membawa kepada keputusan negatif.
3- Keduanya,
Shahrizat semasa di Majlis Karisma bersama pertubuhan sukarelawan, naik angin
kepada rakan sejawat Barisan kerana mengesa beliau berhenti segera kerana telah
menyusahkan Kerajaan Barisan akibat suami Shahrizat yang buat pekak-badak
mengenai isu NFC.
"Tidak
perlu sesiapa gesa saya. Saya tahu apa yang perlu dibuat,"
Gesaan oleh
rakan sejawat menampakan Shahrizat benar-benar tension dan berada didalam
keadaan dilema. Sedikit gesaan atau tolakan sahaja lagi dari rakan-rakan akan
membuat Shahrizat terus tumbang. Shahrizat betul-betul berjuang sendirian kali
ini kerana Khairy Jamaluddin sudah lari kerana takut terpalit taik-lembu dan
langkah kurang bijak beliau sebelum ini. Suami beliau pula, Datuk Seri Dr
Mohamad Salleh Ismail, buat pekak-badak dan lembik.
Di antara
perkara yang membuat Shahrizat tergugat ialah gesaan meletak jawatan dari
rakan-rakan selain dari balaci-balaci Anwar dari Pakatan Rakyat:-
a- Ahli
Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin,
b- Ahli
Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh,
c- Timbalan
Setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun,
d- Ayahanda
Tun Mahathir yang mahu Shahrizat ukur baju di badan
sendiri >
e- Timbalan
Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menuduh bahawa sikap berdiam diri
Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat
sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.
4- Ketiganya,
Shahrizat akur dan tahu apa yang perlu dilakukan beliau.
“Sebagai
pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada
Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan
bincangkannya dengan Datuk Seri Najib,”
Kenyataan
Shahrizat di atas mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Najib,
setidak-tidaknya untuk berbincang apa yang perlu dilakukan oleh beliau yang
sudah terjebak dan tersepit dengan “Lembah Daging”.
Susulan
selepas perjumpaan dengan Najib akan menentukan samada Sahahrizat masih mampu
tersenyum lebar dengan alasan khidmat beliau masih diperlukan lagi atau surat
perletakan jawatan beliau akan diterima.
5- Keempatnya,
untuk mengesahkan Shahrizat telah tewas dan keletihan, sila lihat kenyataan
garang beliau sebelum ini iaitu, "daripada
segi undang-undang dan profesional, saya tiada kena mengena dengan kes
NFC"
Memang
Shahrizat betul dengan statement di atas. Tetapi sekarang bandingkan kenyataan
terkini Shahrizat;
“Saya hanya
isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,”.
Jika dengan
kenyataan, ‘bukan salah ibu mengandung’ dan ‘aku
hanya isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak’, maka ia
memperkukuhkan lagi bahawa Shahrizat sudah tewas.
Comments