Tahniah
kepada menteri besar Negeri Sembilan Dato' Seri Haji Mohamad Haji
Hasan kerana keperihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat dan tidak
melengah lengahkan dan melaksanakan usaha kerajaan membantu rakyat yang
memerlukan dalam bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M).
Negeri Sembilan
telah mengorak langkah yang pantas di mana hari ini rakyat telah mula
boleh mendapatkan borang borang berkenaan .
Ini jelas membuktikan bahawa Menteri Besar amat perihatin dan mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M) dan Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah
1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500
kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk
membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua
keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan Warga emas sebatang kara
3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan
dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan.
Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh
tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat
Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta
agensi-agensi Kerajaan.
5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah
diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan
Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilihserta pejabat-pejabat
cawangan LHDNM.
6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta
isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara
ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
PERATURAN
Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke
Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan
LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.
Individu Yang Layak
Warganegara Malaysia;
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal
serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
Berkahwin;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
Sila kemukakan salinan;
MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan
10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan
dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta
agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah
dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian
kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan
mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan
seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.
Comments