Skip to main content
Jualan Akhbar Harakah merudum habis

Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan
mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini
pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000
nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang
lebih terbuka dan adil.
Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah
khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala
jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana
hampir sama dengan akhbar New Straits Times. Ini adalah sesuatu yang
tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum
yang semakin hampir.
Kadar jualan bersih Harakah ini adalah
jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain
seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari)
dan Sinar Harian (180,000 sehari). Pastinya ini adalah tamparan hebat
bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan
terus giat dijalankan.
Ada yang menganggap bahawa perkembangan
ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan
bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik. Ini
boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar
tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan
akhbar-akhbar yang dianggap serius.
Namun begitu, ini tidak
bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini
kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak
yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR)
terus merosot dari sehari ke sehari.
Penulis bimbang, trend
kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan
terhadap PAS dan PR juga semakin merosot.
Melalui cakap-cakap
santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan
rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah
yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan
sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai
fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua
portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis
secara am dan rambang.
Mungkin ini juga adalah petanda bahawa
rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari
generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu
yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu.
Selain itu,
secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan
berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat
lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan
berita dari kedua-dua
belah pihak.
Ini terbukti dengan
tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato’
Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga
TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti.
Selain dari
faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin
perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah
kemerosotan jualan.
Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk
Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi
parti ini. Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi
membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan
semula kegemilangan Harakah.
Bila tinta menari-nari kata,
Patutlah tak jumpa lagi kat kedai makan tu. Selalu TJ beli akhbar Harakah ni walau pun mahal tak seperti akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Hmmmm.. tak lama lagi leh lah gulung tikar, eh hehehehehehe..
Tak sabar-sabar pula nak tunggu PAS ni telangkup ayun.
TJ, UMNO dan BN selamanya.
Comments