Bersih
3.0 : Kenyataan Akhbar MBNNS
KENYATAAN AKHBAR
MAJLIS BELIA NEGERI.
NEGERI SEMBILAN
Dengan penuh keinsafan dan tawaduk. Adalah dengan
ini Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) yang cintakan keamanan serta
kesejahteraan rakyat serta sebahagian daripda rakyat negara Malaysia yang
Merdeka, telah sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur
Himpunan Bersih 3.0 yang dirancang akan diadakan pada 28hb.April 2012 (Sabtu)
Jam 2.00 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Majlis Belia Negeri, Negri Sembilan (MBNNS) yang
ditunjangi golongan belia/anak muda dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan
tidak menyekat atau pun melarang mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian.
Ini kerana Malaysia adalah sebuah Negara Demonkrasi Berperlembagaan yang sudah
pasti mempunyai saluran yang boleh digunapakai bagi menyatakan hasrat serta
pandangan dan bukannya melalui demontrasi seperti ini.
Demontrasi yang ingin diadakan oleh pihak penganjur
dengan sasaran seramai 500 ribu orang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Ini
kerana sudah pasti keadaan himpunan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.
Bagi MBNNS, Demontrasi hanyalah jalan terakhir jika
kaedah penyelesaian menghadapi jalan buntu dan tidak dapat diperolehi oleh
pihak terbabit.
Demontrasi ini juga sedikit sebanyak akan merosak
sistem demokrasi yang ada di Malaysia kerana ianya bukan sebahagian daripada
budaya politik Malaysia.
Kebimbangan MBNNS ada asasnya berdasarkan daripada
himpunan yang lepas-lepas oleh pihak penganjur mahupun dari pihak pembangkang
yang pasti akan berakhir dengan keganasan, kekacauan serta penangkapan.
MBNNS menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh
pihak penganjur lebih bersifat politik yang didalangi oleh pihak pembangkang
iaitu Pakatan Rakyat. Sedikit sebanyak pasti akan :-
· Menimbulkan Kekacauan
· Ketegangan
· Keganasan/kekacauan Antara Pihak Berkuasa
· Ekspolitasi Golongan Wanita & Kanak-kanak
· Menganggu gugat ketenteraman rakyat dan
peniaga disekitar perhimpunan.
· Menimbulkan suasana kegusaran dan panik.
· Memberi Imej buruk kepada Negara Malaysia
MBNNS yang juga dipolopori oleh Belia serta Anak
Muda tidak mengizinkan system demokrasi Malaysia tercemar dengan agenda
penganjur mahupun pihak pembangkang dalam usaha mempergunakan/mempengaruhi dan
menghasut rakyat, belia, anak muda, atau pun remaja untuk bersama-sama himpunan
ini.
MBNNS mencadangkan agar pihak terbabit berbincang
di meja bulat daripada melakukan perkara seperti ini yang pasti akan merugikan
banyak pihak.
SARANAN MBNNS KEPADA BELIA/ANAK MUDA/
MAHASISWA DAN MASYARAKAT
Kepada Golongan Belia/Anak Muda, MBNNS ingin
menyaran dan menegaskan, bahawasanya Himpunan Bersih 3.0 ini adalah mainan
politik serta mempunyai agenda tersembunyi.
Adalah lebih baik kita sebagai golongan Belia/Anak
Muda menghindarkan diri daripada menyertai atau terpengaruh dengan dakyah atau
hasutan pihak tertentu untuk meraih sokongan serta simpati kita.
Seharusnya kita sedar, bahawa hari ini kuasa
belia/anak muda adalah penentu porla serta lanskap politik tanah air. Oleh
sebab itulah pihak tertentu mengharapkan penglibatan belia/anak muda agar turut
serta dalam himpunan yang telah dirancang ini.
Kepada Mahasiswa pula, MBNNS menyeru agar jangan
meletakkan persatuan mahasiswa atau diri anda sendiri untuk diperkudakan atau
dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tumpuan utama
harus diberikan kepada pembelajaran agar kita mampu melakukan satu paradigma
yang lebih bertamadun dengan kaedah yang lebih baik daripada melibatkan diri
dengan himpunan seperti ini.
Kepada Masyarakat semua, MBNNS adalah sebuah badan
NGO yang dianggotai oleh golongan belia/anak muda tanpa mengira bangsa, agama
dan kepercayaan merayu dan memohon agar janganlah memusnahkan kesejahteraan dan
ketenteraman yang kita perolehi pada hari ini. Jangan jadikan kami golongan
muda sebagai batu loncatan sebagai menghalalkan cara memenuhi kehendak serta
kemahuan pihak-pihak tertentu dalam merancanakan budaya politik seperti ini.
MBNNS juga merayu kepada seluruh masyarakat agar
menghindarkan diri dari perhimpunan ini yang belum pasti perolehi jalan
penyelesaiannya.
Akhir sekali MBNNS menegaskan kepada semua, JANGAN
LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN
KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH
TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA
HANYA BOLEH SEKELIP MATA.
MAJLIS BELIA NEGERI. NEGERI SEMBILAN
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA
TINDAKAN PENGAJURAN
SERTA MEREKA YANG MENGHADIRI
HIMPUNAN BERSIH 3.0
Pada 28hb.April 2012
Sabtu 2.00 Petang
Di Dataran Merdeka. Kuala Lumpur.
“Transformasi Paradigma Belia Alaf
Baru”
Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak
Dapat Dikalahkan
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan.
Comments