Nashrul Fazli (Sahabat Dr. Rahman Kadir)
Saya ingin menambah beberapa perkara yang disebutkan oleh sdr Rahman
Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata-kata Saidina Umar yang lebih
kurang berbunyi:
“Setiap manusia yang lahir dari rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yang merdeka”.
Oleh itu, saya ingin… menyatakan bahawa kami sebelum ini menyertai
PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan
kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yang merdeka dengan kehendak
hati kami sendiri.
Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.
Perkara ini saya harus tegaskan kerana mereka yang masih mengikuti
gerakan PAS ini terutamanya yang mengikuti gerakan ini di kampus, saya
kurang yakin sebahagian besarnya bahawa jika tidak kerana dipaksa
mengikuti program Tamrin Panjang, melakukan bai’ah, mereka akan terus
beriltizam dengan PAS.
Ada di antara mereka yang beriltizam kerana kawan-kawan, isteri
mereka juga dari jamaah ataupun golongan yang sama dan juga
persekitaran. Andaikata mereka diberi peluang memilih dalam keadaan
merdeka, maka mereka akan sudah lari dari azali lagi.
Ceritera ini bukan untuk mengangkat diri sendiri dalam bakul, tetapi
untuk menolak tuduhan dan juga tanggapan bahawa kami masuk PAS dahulu
kerana NADI kuat ataupun PAS kuat. Walhal di zaman itu, anda fikir
sendiri, berapa ramai orang PAS yang anda jumpa dalam batch anda?
Saya harus tegaskan bahawa saya telah berintima’ dan mengenali PAS
seawal dari sekolah rendah lagi. Mungkin bunyinya terlalu awal, tetapi
itulah hakikatnya.
Rakan-rakan yang membaca nukilan ini, masih teringatkah anda tentang
pimpinan Arwah Haji Yusof Rawa (kemudian menjadi Mursyidul Am semasa
pimpinan Arwah Ust Fadzil?), bagaimana peristiwa Memali berlaku melalui
buku Cn Afghani, penubuhan CCC sekitar tahun 1986 yang menyaksikan
penubuhan kelab penyokong Cina, pergolakan Team A dan team B yang
menyaksikan pengharaman UMNO dan muncul parti Semangat 46.
Sahabat-sahabat tahukah bahawa Parlimen Johor Bahru yang
saudara-saudara kata mustahil PAS boleh menang, pernah menyaksikan UMNO
kalah di tangan Dato’ Shahrir Samad dari team B yang telah menjadi calon
bebas dengan lambang kunci.
Sahabat-sahabat semua mungkin sekadar tengok kartun transformer,
ninja turtle, tapi saya sudah ikut perkembangan politik semasa ketika
itu melalui pembacaan Harakah, Watan dan beberapa akhbar tabloid politik
di ketika itu.
Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah
sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti
kongres kepada bharatiya janata party (BJP) untuk mengalahkan kerajaan
UMNO baru pada pilihanraya 1990.
Masihkah ingatkah sahabat-sahabat bahawa jikalau tidak kerana
tengkolok salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh, tentu PM selepas
pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya Mahathir. Sahabat-sahabat ingat
tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namanya Mohamed
Yaacob.
Sahabat-sahabat bolehkah ingat tentang Isu Kerpan, di mana
tanah-tanah orang kampong di Kedah diambil oleh kerajaan BN Kedah untuk
membangunkan ladang ternakan udang dengan joint venture Syarikat Bin laden? Hero isu ini adalah Mat Sabu.
Saya boleh teruskan lagi semua cerita-cerita lain, tapi cukuplah setakat itu dari segi itu.
Saya telah faham dengan hakikat bahawa melaksanakan hukum hudud itu
adalah wajib dan menegakkan Negara Islam itu adalah wajib seawal itu.
Untuk umat kembali menjadi umat yang kuat seperti mana di zaman
kegemilangannya kita harus kembali kepada Islam secara keseluruhan.
Mungkin yang masuk sekolah ugama ketika itu pun tak faham benda-benda
seperti itu. Saya tidak katakan semua tidak faham, tetapi anda semua
lebih tahu dari saya, cuba tanya balik di tahun 90-95, apakah fikrah
anda?
Selain itu, saya kenal mana satu BMB (politik kampus pro UMNO) dan
mana satu NADI (politik kampus pro-PAS) sebelum mencecah masuk ke kampus
UM.
Masih terang di ingatan saya, Sdr Khairuddin Mohd, Presiden PMUM
(Persatuan Mahaiswa Universiti Malaya) 1995, diangkat dan dijulang di
TV3. Saya berasa hairan, kenapa TV3 menjulang Presiden PMU yang sedang
berdemonstrasi, suatu perkara yang ajaib. Bila diperiksa, barulah
diketahui bahawa mereka ini adalah proksi Anwar di kampus dan TV3
sendiri dikuasai oleh Anwar.
Saksi kepada pengetahuan saya tentang politik kampus ini, adalah
(bakal) naqib saya sendiri, Ustaz Burhan Che Daud yang saat itu juga
mengikuti haluansiswa (sebagai pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam).
Soalan saya kepadanya sebagai kepastian, yang pegang PMU (Persatuan
Mahasiswa Universiti) tahun 1996, siapa? BMB ataupun Nadi. Beliau
terkejut kerana soalan itu datang dari seorang pelajar Asasi (pusat
Asasi Sains UM) yang sepatutnya tidak tahu apa-apa tentang politik
kampus.
Masih segar di ingatan saya, seorang sahabat yang sama-sama
bertuisyen dengan saya di Taiping, mengetuai upacara sorakan bagi pihak
kolej beliau, di masa yang sama Presiden PMU dari BMB ketika itu (1996)
turut menjadi Pembantu Pelajar Kolej berkenaan.
Perkara saya yang membuatkan saya beriltizam membantu NADI adalah
apabila sekumpulan pelajara Akademi Islam mengadu mereka dipaksa
mencukur janggut oleh pembantu-pembantu pelajar Kolej kedua kepada
pimpinan PMUM. Namun balasan dari Presiden PMU ketika itu hanyalah ini
masalah masing-masing. Saya melihat betapa lemahnya dan betapa tidak
perihatinnya pimpinan PMU yang ada.
Rakan saya, Abdul Rahman masih pekat UMNOnya, di hujung minggu
haluansiswa, kami bertukar pendapat tentang politik negara, dan
menceritakan kewajipan menegakkan hukum Islam. Beliau tidak percaya dan
saya mengusulkan agar dibawa ke pengetahuan Ustaz Burhan. Dalam usrah
kami yang pertama, kami terus mengajukan soalan itu.
Sebenarnya, ini sudah langkau silibus, tetapi dijawab oleh ustaz
Burhan. Dan saudara Abd Rahman menerima hujah saya dan bermula dari situ
beliau menjadi seorang penyokong PAS sebagai seorang manusia yang bebas
dan menerima hujah yang berdasarkan ilmu.
Saya sendiri dalam pengenalan pelajar-pelajar Asasi di Kolej Pertama
tidak menyembunyikan ideologi politik saya. Begitu juga dengan fikrah
ini, saya selesa dengan abang-abang senior JKP Kerohanian dan Etika.
Boleh lepak dengan mudah sebab frekuensi kami sama.
Bagi kami, ujian kami yang pertama di Universiti Malaya secara
praktikal bagi menegakkan Islam adalah pilihanraya Asasi. Kami tahu
bahawa ada terdapat dua pasukan, satu kumpulan senior-senior yang
mengikuti usrah diketuai oleh sdr Fauzul Naim, dan sa…tu lagi senior
yang berpusat di Kolej Kelapan diketuai oleh Sdr Sattar Hussin.
Benar, sokongan pelajar-pelajar tahun satu diperlukan untuk
memastikan Asasi dikuasai oleh kelompok usrah yang pro PMI. Kami melihat
ketika itu sokongan kepada pelajar-pelajar usrah semasa merosot, kempen
pihak Sattar cukup hebat dan menarik perhatian pelajar-pelajar tahun
satu Sains hayat terutamanya. Pihak senior usrah, masuk di saat yang
salah dan ramai pelajar hayat ketika itu sudah pun keluar. Kempen mereka
tidak sampai ke audiens yang ada.
Pulang dari kolej, saya dan Rahman serta beberapa anak usrah lain
tidak puas hati. Kami bertekad, apa-apa pun kami akan pastikan kumpulan A
Bulat (grup anak surah) akan menang.
Sdr Rahman memang terkenal sebagai pendebat Malacca High School.
Di pagi Jumaat, Sdr Rahman telah berada di hadapan dan berkempen
meminta agar grup A bulat ini diberi peluang untuk memegang jawatankuasa
di Asasi dan kami menyerahkan handbill-handbill kepada
kawan-kawan lain supaya menyokong calon sokongan kami, akhirnya, hanya
jawatan Presiden Asasi sahaja dipegang oleh Sdr Sattar, dan lain-lainnya
dikuasai oleh grup A bulat. Ini merupakan kejayaan pertama kami dalam
politik kampus (sambil tidak menafikan usaha oleh pemain-pemain sebenar
di sebalik grup A Bulat).
Kejayaan ini memberikan satu makna besar kepada PMI dan NADI, kerana
kemenangan di Asasi memberikan satu isyarat kepada pilihanraya kampus.
Benar, telahan naqib kami (selepas Ustaz Burhan), Abang Norhisyam
Ismail, PMU telah dikuasai oleh NADI/PMI, BMB yang dipimpin oleh Sdr
Fakhrul Razi Ibrahim yang mengetengahkan Sdr S Ramlee sebagai bakal
Presiden kecundang.
Semua kerusi umum, tumpas kepada NADI. Sdr Zainul Azizi diangkat
sebagai Presiden PMU dr NADI. Ustaz Abu Zaki sebagai mantan Presiden PMI
(Persatuan Mahaiswa Islam) ketika itu boleh berasa bangga kerana ground worknya sudah berhasil.
Presiden PMI ketika itu, Ustaz Anwar Ridwan Zakaria (juga naqib kami
kemudiannya) membuka lembaran baru pemerintahan PMI dan NADI di kampus
Universiti Malaya.
Maka, bermulalah era pemerintahan NADI tanpa kalah
sehinggalah tahun 2004/2005.
Nadi bertukar nama kepada Gagasan, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya dan saat ini Pro-Mahasiswa (Pro M)
Usrah-usrah dan tamrin-tamrin yang kami ikuti pada mulanya tidak
menampakkan hala tuju ke arah menjadikan PAS sebagai jamaah yang patut
kami serahkan jiwa dan raga kami. Atas nama untuk mengajar agama, maka
pelajar-pelajar Asasi dan juga fakulti diajak menyert…ai usrah. Masih
segar lagi di ingatan kami, tamrin kami yang pertama memang penuh
“hiburan” .
Naqib-naqib di Kolej Pertama pun turut mengadakan outing seperti ke Taman Tasik Titiwangsa. Inilah cara bagi mereka mendekati pelajar-pelajar asasi dan juga fakulti.
Namun, semakin lama, nilai ‘hiburan’ itu semakin luput. Mereka yang
benar-benar berminat dengan agama dan berdisiplin dalam tarbiyyah sahaja
yang akan kekal, yang lain-lain akan lupus ditelan zaman.
Sebelum itu, ada sahabat-sahabat yang keluar 3 hari dengan golongan
Tabligh. Ada yang rapat dengan pimpinan ABIM di kampus (untuk yang
berada di 2nd College), yng di 4th College mula
berjinak dengan JIM. Ada juga sahabat yang dipesan oleh ustazah di
sekolah untuk mencari naqib JIM yakni ustaz Alias Osman. Namun, akhirnya
mereka masuk ke usrah PAS dan mengikuti bai’ah dengan pimpinan PAS.
Dalam tamrin kedua tidakpun sebelum Tamrin Panjang, anak usrah
disuruh memilih jamaah yang benar. Hadith-hadith Nabi dikeluarkan, untuk
menyokong bahawa PASlah jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.
Bagi Rahman dan saya, jemaah mana lagi? Mungkin bagi sahabat-sahabat,
ada yg masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, sebab dalam borang
taaruf dalam Tamrin panjang, ramai yang meletakkan tokoh yang dihormati
sebagai Anwar Ibrahim ataupun Tun Mahathir.
Sebenarnya, yang membuatkan kami bersungguh-sungguh untuk menyertai
Tamrin panjang (selepas ini dirujuk sebagai TAMPAN) kerana perkara ini
dibocorkan oleh salah seorang senior kami (dirahsiakan identitinya)
apabila beliau yang sekolej haluansiswa di kolej ketiga dengan saudara
Rahman telah memecahkan perkara ini.
Sepatutnya ia adalah rahsia, tetapi kerana sebab tidak mahu Rahman
tercicir, maka dibukakan rahsia ini supaya Rahman tidak lari dari
gerakan usrah dan tamrin. Rahman pula memberitahu saya tentang adanya
TAMPAN iaitu di mana akhirnya terdapat upacara bai’ah walaupun sebelum
sampai ke tahap itu, terdapat mental and physical torture walaupun tidaklah sehebat tentera, namun, jikalau diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain, nescaya mereka akan lari.
Namun, disebabkan kami benar-benar ingin menyertai PAS, maka ini
menyebabkan kami lebih bersemangat utk menyertai usrah dan tamrin. Ini
berlaku sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sekitar tahun 1997.
Namun, bayang-bayang berakhirnya kuasa hegemoni UMNO sudah kelihatan
dengan tumpasnya UMNO di parlimen Arau pada tahun tersebut dengan calon
PASnya, Ustaz Hashim Jasin.
Sebenarnya gerakan ‘sirr’ ataupun rahsia ini wujud juga di Asasi
tetapi secara longgar. Di antara cuti semester, kami telah menyertai
TAMPAN yang dibuat di Taman Melewar. Naqib saya sendiri membawa saya ke
sana dengan menaiki motorsikal.
Kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa (almaklumlah zaman
pra-henfon) dan diminta untuk berbohong tentang lokasi dan program yang
kami ikuti kepada ibu bapa. Saya tidak akan menceritakan dengan lebih
lanjut kerana kebanyakannya telah dimuatkan dalam nota ini.
Apa yang saya hendak beritakan, bahawa tamrin panjang ini telah
menjadikan kami ahli PAS sebenar dengan mengikuti jalan tarbiyyah. Di
sini, tiada pengecualian kredit, mereka yang pernah mengikuti modul yang
sama di universiti lain ataupun di Kolej Islam Kelang perlu mengikuti
semula tarbiyyah UM. Keluar dari TAMPAN, menjadikan kami orang-orang
yang semangat dengan perjuangan PAS.
Setelah beberapa ketika, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama
bapa saya. Kebetulan isu pemecatan Anwar masih hangat. Saya sempat
bertemu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja dilepaskan dari
tahanan ISA dan terus mengerjakan umrah bersama anak kecilnya. Di Tanah
suci, saya mendapat gambaran Islam yang berbeza dari apa yg saya temui
sepanjang tarbiyyah saya dengan PAS.
Islam tidaklah keras seperti mana yang saya hayati melalui
tarbiyyah-tarbiyyah dalam PAS. Saya melihat Tuan Guru Melayu di Masjid
Mekah juga tidak menyertai PAS dan mengatakan PAS seharusnya berusaha
menghapuskan syirik dan khurafat dahulu. Mungkin beliau tidak mahu audiens lari, kerana menyedari suasana yang marak dengan isu Anwar.
Kembali ke tanah air, saya dibawa menyertai tamrin khusus untuk
pimpinan PMI sahaja.
Terdapat beberapa insiden yang membuatkan saya
terfikir dan saya membuat bandingan di antara suasana di Tanah Suci dan
juga apa yang berlaku semasa tamrin tersebut.
Di sini, kepercayaan saya terhadap PAS mula terhakis, walaupun saya
sendiri melihat ada beberapa perkara yang mula tidak kena. Kepercayaan
kami bahawa PASlah jamaah yang sah, membuatkan kami terus bersama dengan
PAS.
Mungkin Rahman lebih awal, tetapi sebelum ini pun kami menyoal
tentang beban kerja jamaah yang tidak seimbang apatah lagi kepada
pelajar perubatan. Sistem yang dibina tidak menguntungkan
pelajar-pelajar di luar Akaedmi Pengajian Islam.
Keraguan ini ada, seperti bola salji yang turun dari gunung yang
tinggi. Kami cuba untuk tidak menyoal kerana bimbang ini hanyalah
bisikan syaitan.
Jika PAS tidak betul, kami risau pula, silap-silap kami boleh jatuh
shahadah kami. Tetapi, hati semakin tidak puas, melihatkan nasib
rakan-rakan yang beban akademik semakin berat. Kami tidak berbincang
tentang siapa yang akan dapat score A, tapi kami berbincang sapa yang lulus dan siapa yang tidak di bawah pemerhatian dekan.
Itu sebab, saya selalu menggelarkan zaman di kampus sebagai zaman
gelap. Alhamdulillah, sebab “tamadun” kami tinggi, kami masih mampu
bertahan. Ibarat billionaire, harta ditarah, tidak luak.
Tetapi, ramai sahabat-sahabat yang tidak bernasib baik. Dahulu di Asasi,
kamilah pusat rujukan ilmu, tetapi di fakulti, kami tidak lagi. Malah,
kami terpaksa menadah pula bantuan untuk terus hidup.
Masalah akademik yang meruncing menyebabkan kami perlu bertindak.
Ikutkan, kami boleh buat sikap, apa aku kesah. Kami tidaklah bawah
pemerhatian dekan, result pun ok berbanding kawan-kawan, tetapi
disebabkan kami merasakan Islam tidak zalim, maka kami mula merangka
strategi untuk merubah nasib pelajar-pelajar PMI yang bukan ustaz ini.
Mungkin sahabat-sahabat yang membaca ini lebih mengangkat orang-orang
yang kurang bersimpati dengan ada sekelian dan memusuhi kami, walaupun
sebenarnya kami tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan kalian
walaupun kami ini secara akademiknya, survivor.
Pada mulanya, ada di antara orang-orang yang berpengaruh bersimpati
dengan perjuangan kami ini, tetapi disebabkan hasutan, dia mula
menyerang rayuan kami. Kami ketika itu sudah menjadi senior, sebaya
dengan pimpinan yang ada ketika itu.
Ketika yang sama, saya dilantik menjadi Presiden AKIUM, di sana saya
membina utopia saya sendiri, sesuai dengan kesibukan akademik seorang
pelajar kejuruteraan. Akademik menjadi keutamaan, Alhamdulillah saya
rasa ia menjadi. Di situ, saya cuba membawa imej dengan berpegang jati
diri sebagai seorg Muslim sejati, kita akan berjaya.
Semboyan ini berjaya ditanamkan di kalangan ahliahli AKIUM tidak
mengira apa fahaman. Namun, kesetiaan kami masih kepada PMI. Secara
politik kami masih bersama PMI dan Gagasan. Walaupun begitu, oleh kerana
mungkin kurang berguna dari segi politik untuk PMI, kami dipinggirkan.
Gerai konvo diletakkan jauh, dan diutamakan gerai anak Kelantan, Sajian
Bonda mendapat 2-3 lot di tempat strategik, padahal kami di atas bukit.
Yang menentang PMI lebihlah buruk nasibnya.
Melihat beberapa ketidakadilan, kepercayaan terhadap gerakan PAS di
kampus semakin luntur, namun, kami tiada jalan melainkan untuk terus
bersama dengan mereka. Baragkali, PAS di UM kejam, zalim dan autokratik,
tetapi di luar sana, bagus dan merekalah tempat umat untuk mengadu
nasib dan cemerlang andai kata mereka memerintah Malaysia.
Semasa menjadi Presiden AKIUM, saya berkenalan dengan Prof Zaki. Dan
kisah seterusnya adalah sejarah dan telah dimuatkan di dalam nota Rahman
di atas. Cumanya, usrah yang menjadikan prof sebagai naqib kami
disetujui oleh Timbalan Presiden PMI dan juga di bawah pengetahuan Ustaz
Harun Taib, ketua Dewan Ulamak.
Selepas berkhidmat dengan AKIUM, saya dan beberapa rakan setia, ingin
menubuhkan satu rumah bersama untuk membantu pimpinan AKIUM sebagai
badan penasihat. Saya sangka semuanya sebulat hati, tetapi salah seorang
yang kami rasa yang paling warak dan jujur di kalangan mereka yang
ditarbiyyah, berpaling tadah.
Saya dan timbalan saya, Sdr Ahmad Rizal, terpaksa merempat beberapa
hari, sehinggalah diselamatkan oleh seorang tutor di kejuruteraan
mekanikal untuk bersama menjadi ahli rumah mereka. Bagi saya, jika
seorang ahli yang paling baik pun boleh menkhianati janji setia ini, apa
sangat dengan orang lain?
Pemecatan Prof Zaki, seorang saya kenal bukan sahaja tidak pernah
mengambil loan bank, tetapi juga loan government, membuatkan saya hilang
kepercayaan secara total kepada PAS. Namun, yang masih mengikat saya
adalah hukum syarak.
Prof Zaki sebelum dipecat sudah dua kali digantung keahlian oleh PAS.
Tetapi, beliau masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut,
beliau tidak dipanggil untuk bicara.
Saya alhamdulillah telah diberi peluang oleh kerajaan Malaysia untuk
menyambung pengajian di peringkat Masters di UK dalam keadaan masih
menyokong PAS. Bagaimana saya ‘convert”, diceritakan di dalam nota atas.
Di sini, saya ingin rakan-rakan berfikir bahawa sokongan kami
terhadap PAS, bukanlah disebabkan paksaan, tetapi disebabkan oleh
kesedaran dan ilmu. Mungkin akan ada yg berkata, bukankah ini flip-flop?
Tidak, kerana ia dibuat bersandarkan pengetahuan dan maklumat yang ada.
Dari saat, saya tidak menyokong PAS sehinggalah ke hari ini, tiada
dalil syarak yang boleh menggoyahkan pegangan saya dan sdr Rahman. Jika
ada sesiapa yang ada dalil, silakan.
Saya sudah menanti dari tahun 2003
sehingga sekarang, belum ada lagi, bukan kami menanti seperti tunggul
tetapi kami keluar dan mencari.
Lapan tahun, maka dalam tahun ke-8 ini, kemukakanlah dalil bukannya
dalih. Jika anda di pihak yang benar, maka saya tidak ada masalah untuk
masuk semula ke dalam PAS, tetapi jika tidak ada, hitungkanlah di mana
akhirnya kalian di akhirat kelak, setelah hujah ditegakkan.
Janganlah kerana cintakan teh-o, karipap dan bihun kering, anda buang
hadith yang sahih untuk kepentingan mata dunia yang sedikit.
Comments
Apakah Anda secara finansial diperas?
Apakah Anda mencari dana untuk melunasi kredit dan utang?
Apakah Anda mencari pembiayaan untuk menyiapkan Bisnis Anda sendiri?
Apakah Anda membutuhkan pribadi atau Kredit Usaha untuk berbagai keperluan?
Apakah Anda mencari pinjaman untuk melaksanakan Proyek Besar?
Mengamankan pinjaman dari perusahaan nomor satu pinjaman menyediakan benar ini hari ini dan mulai dengan sesuatu yang bermanfaat.
transaksi mereka 100% dijamin karena mereka juga memastikan hubungan baik dengan semua klien.
Mereka menawarkan Kredit tanpa Cek kredit, ada jaminan, langkah mudah, dana cepat dan tingkat bunga rendah dari 2%.
Mengapa tetap dalam rincian keuangan?
Membebaskan diri dari kemiskinan saat ini, KATHLEEN FOSTER LOAN FIRM adalah satu-satunya perusahaan yang mampu untuk membantu saya mendapatkan pinjaman dan sekarang saya telah berhasil memulai bisnis dari sendiri untuk membantu mengurus keluarga saya.
Mendapatkan pinjaman pelanggan Anda hari ini melalui email: kathleenfosterloanfirm@gmail.com
Di sini juga adalah email pribadi saya hanya dalam kasus Anda perlu beberapa pedoman: amaliafauzi73@gmail.com
Saya akan mengharapkan balasan mendesak Anda.
Terima kasih!
Ibu AMALIA FAUZI