Kerajaan sudah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank
Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia
(ADB) sudah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan meminjam AS$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan semua pinjaman itu sudah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.
"Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002
yang berjumlah AS$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki
pinjaman ialah sebanyak AS$124 juta," katanya menjawab soalan Alexander
Nanta Linggi (BN-Kapit).
Beliau berkata, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia
dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak AS$3,931 dan
pinjaman tersebut hanya dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar
balik.
"Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan," katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ahmad Husni berkata, pinjaman yang dibuat itu hanya digunakan untuk membiayai pelbagai projek membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Semua pinjaman Bank Dunia sudah dibayar sepenuhnya membuktikan kerajaan Malaysia mengamalkan pendekatan pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membiayai projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dan selepas mengambil kira kemampuan membayar balik," katanya.

Ahmad Husni berkata, sebahagian besar pinjaman daripada Bank Dunia
dan ADB digunakan untuk membiayai projek pembangunan luar bandar
termasuk pembangunan sektor pertanian, perhutanan, pembangunan tanah
rancangan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felcra), bekalan
air, pengairan, pembetungan, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan
serta menyediakan skim kredit mikro dan tabung pinjaman untuk
pengeluaran makanan.
Selain itu, pinjaman juga digunakan untuk membiayai pembangunan pengangkutan bandar, telekomunikasi, jalan raya dan lebuh raya.
"Projek-projek ini sudah memberi sumbangan yang besar kepada usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan, kemudahan infrastruktur luar bandar, pendidikan dan kesihatan rakyat," katanya. - BERNAMA

Tinta Jambu sangat bangga kerana kita tidak ada hutang dengan bank dunia.. ini bermakna kita tidak perlu tunduk kepada kawan-kawan Anwar Ibrahim.
Namun hutang yang dipinjam dari Bank Pembangunan Asia
(ADB) mampu dilunaskan secara berjadual dan makin menyusut..
Usahlah kita terpedaya dengan cicak kubing yang pandai bermain kata. Jangan kita lupa, dia perosak kesejahteraan negara.
Comments