SAYA
ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman
Kadir, seorang pengamal perubatan tentang tindakan mengejek dan
mempersenda pimpinan Negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli
parlimen pembangkang ketika upacara pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Yang di-Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.
Saya
menyambut baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi
menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut
sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja
untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya
perkara yang berlaku dari kaca mata berbagai pihak termasuk rakyat di
Negara ini.
Bagi
saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang
dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat yang saya
mengenali individu-individu yang terlibat, mereka memang mempunyai
kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara yang sukar diterima akal.
Ini mungkin hasil dari desakan parti yang mereka wakili dan beberapa
golongan di dalam parti masing-masing yang memandang remeh terhadap
Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh ke belakang untuk memaparkan
insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor.
Selama
ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang
memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan
yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang tidak
mempunyai banyak kerti. Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah
tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka
sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan
itu.
Saya
dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang
merupakan golongan yang selama ini dimuliakan dengan berbagai cara
yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan
betapa kecewanya rakyat Negara ini mendengar tentang insiden tersebut
lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam
Perlembagaan Persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi
tersebut dalam menjamin keutuhan negara.
Tindakan
beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya
merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh
mereka yang dipilih oleh rakyat yang sepatutnya menjadi juru bicara
kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak
matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak
sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil
Negara asing.
Jika
benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen
pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan
menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga
tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut
yang seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam maji sapa mereka berada
dan siapa yang memerhatikan mereka.
Saya
yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap
lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan
kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka
dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat
menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke
akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba
timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar, terdidik dan
ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara
yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.
Bagi
saya pendek benar akal dan pemikiran ahli Parlimen yang terlibat. Bagi
saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri
majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan
menunjukkan akhlak terpuji standing dengan kedudukan mereka di mata
rakyat.
Di
sebaliknya, saya menyetujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk
badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat
sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya
insiden ini tidak dibenarkan berlalutan padanya tindakan drastic dari
pada pihak yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi
pilihan rakyat.
Saya
tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai
Putrajaya, bayangkan pajenis budaya yang mereka akan cernakan untuk
masyarakat Malaysia terutamanya di pihak generasi pengganti. Saya
berharap rakyat Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka.
Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated,
tetapi inilahbrand budaya baru yang akan mereka terapkan.
Akhirnya
saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir
yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik
yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan
perubatan yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan peristiwa hitam
yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang
kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat.
Remehkah sesuatu yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan
negara? Remehkah insiden yang berlaku itu jika ditinjau dari sudut
keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden
itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah
sebahagian daripada “the pride of the nation”?
* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati
Comments