Tak jadi saman Dato' Nalla bererti takut


Biseksual: Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?

PENULIS menerima maklumat dari sumber dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saman sebanyak RM 100 juta yang difailkan ke atas Datuk S. Nallakarupan atas tindakan defendan mengeluar kenyataan fitnah menuduh Anwar sebagai seorang biseksual (disiarkan dalam Utusan Malaysia), akan dibatalkan.
Bagaimanapun, saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel fitnah tersebut akan diteruskan.
Alasan kepada pembatalan tersebut, menurut sumber, ialah kerana Anwar mahu fokus kepada kempen pilihanraya umum yang akan datang, disamping majoriti daripada pasukan pembelaannya sekarang, yang akan turut bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.
Lagipun, dengan mengenepikan saman ke atas Nalla, harapan Anwar untuk memenangi saman tersebut dalam masa yang singkat dikatakan cerah, kerana bukti ke atasnya begitu kukuh sekali melalui penyiaran artikel tersebut.pada 20 Mac 2012, dibandingkan dengan masa panjang yang bakal diambil jika saman ke atas Nalla diteruskan.
Biseksual: Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?
Menurut sumber yang sama lagi, writ saman yang sudah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 25 April 2012 itu akan diserahkan kepada Utusan sahaja dalam  jangka masa terdekat.
Sekarang, terjawablah teka teki besar yang bermain diminda ramai orang, kenapa writ saman ke atas kedua defendan tersebut masih tidak diserahkan sehingga sekarang, walaupun telah lama difailkan.
Tidak pastilah sama ada keputusan untuk tidak meneruskan tindakan saman ke atas Nalla ini dibuat oleh Anwar sendiri atau atas nasihat oleh pasukan guamannya.  Yang nyata, penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan ini.
Terang-terang fokus utama dalam kes ini ialah Nallakarupan sebagai orang yang mengucapkan fitnah tersebut, bukan Utusan yang hanya menyiarkannya.  Jika niat ini diteruskan, penulis bimbang UMNO akan sekali lagi menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang Anwar.
“Nah, lihatlah Anwar hanya main sandiwara konon nak saman Nalla”, itulah ayatnya yang penulis jangka bakal dimainkan oleh Utusan dan blogger belaan UMNO.
Bagaimana kami nak mempertahankan Anwar kalau di pihak peguam bela Anwar sendiri tiada kesungguhan untuk menghentikan fitnah jahat ini dari terus berlarutan tanpa ada titik penamat?
Penulis rasa, para blogger pro Pakatan Rakyat sendiri sudah kehabisan alasan untuk menjawab persoalan kepada Anwar ‘tidak berani’ menyaman beberapa individu tertentu, termasuklah Datuk Nalla ini.
Biseksual: Anwar Batal Saman Terhadap Nalla?
Rakyat sebenarnya sudah bosan melihat pelbagai saman dikemukakan kepada Utusan sahaja, tidak kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan.  Tidak kurang yang melihat saman ke atas Utusan ini hanya bermotifkan politik kerana akhbar tersebut dimiliki oleh UMNO.
Sedangkan kalau dikira dari logik akal, pihak yang mengeluarkan kenyataanlah yang sepatutnya di saman dahulu.  Walaupun sebagai penyiar Utusan turut sama bertanggungjawab, tapi rakyat mahu lihat orang yang mengucapkan perkataan fitnah itu sendiri di saman.
Yang sebetulnya masih belum terlambat untuk pasukan pembelaan Anwar mengkaji semula keputusan yang sudah diambil ini.  Sila beri perhatian bahawa, pertimbangan dalam soal ini bukan pertimbangan perundangan semata-mata, malah pertimbangan politik juga.
Penulis bimbang jika keputusan ini diteruskan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan politik Anwar sendiri khasnya dan Pakatan Rakyat serta PKR amnya.
Dalam masa yang sama Nallakarupan dan kumpulan anti Anwarnya, akan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar, tapi menggunakan medium atau suratkhabar yang lain pula.
Di atas tu dari Sumber Pakatan Rakyat..
Sudah terang lagi bersuluh.. Anwar Ibrahim takut dan cemas karier politiknya menjadi haru biru..
Seperti kata orang.. buat jahat seorang diri.. berbuat baik beramai-ramai.. biarlah kantoi sendiri.. dari dipersalahkan beramai-ramai.
Dalam konteks ini hakikatnya, Pakatan Rakyat, pening lalat untuk pusing apa lagi demi membela nasib peliwat tegar.. mungkin dulu Anwar peliwat tegar.. Hal ini diperakui sendiri oleh Karpal Singh apabila dia sendiri menyuruh Anwar Ibrahim supaya bertaubat. Bukan Nik Aziz Nik Mat atau Hadi Awang!!!!
Tetapi sekarang.. Anwar tidak tegar lagi.. berani dia nak tegarrrrrrrrrr.. huwang huwang huwang huwang... takutlah dia orang keliling yang rapat dengan dia berpaling tadah.
Hari ini dia menutup cerita untuk tidak menyaman Dato' Nalla tetapi berhasrat meneruskan saman kepada Utusan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dan intim dengan UMNO.. Barang kali, itulah orang kata.. kerana nyamuk, kelambu di bakar. Bagi mengalihkan pandangan rakyat kepada isu liwat dan zinanya itu, Utusan nak di saman. Apa kaitannya?? 
Ada lah kisahnya, penulis Suara Pakatan Rakyat ini juga terpaksa menulis demi sesuap rezeki. Jika di lihat kepada portal tersebut, mana mungkin itu ciri-ciri orang yang bekerja secara percuma. 
Tidak lah mungkin!!! Namun ada beberapa artikel nampaknya sudah kritis dan bocor dan tidak menyebelahi Anwar juburi.
Tunggu masa sajalah untuk penulis portal ini menjadi seperti Dato' Nallakaruppan, Dato' Chandra Muzaffar dan beberapa nama lain lagi.
PKR telah berkubur.. yang berlegar hanya zombie-zombie sahaja.. Betul tak??

Comments