Satu lagi berita baik bermakna berita temberang untuk rakyat bakal dibawakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu elaun sara
hidup berjumlah RM5,000 setahun bagi pelajar pusat pengajian tinggi swasta
selain dari pendidikan tertiari percuma yang dijanjikan sebelum ini.
Sumber-sumber dalaman
mengesahkan bahawa perkara ini akan diumumkan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar
dalam perhimpunan besama mahasiswa yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam perhimpunan yang
sama, Dato’ Seri Anwar juga akan mengumumkan secara rasmi pemansuhan yuran universiti
milik kerajaan PR mulai September ini. Sebelum ini, laman ini telah
menyiarkan laporan mengenai pendidikan percuma sepenuhnya di UNISEL dan juga
KUIS iaitu dua pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor.
Walaubagaimanapun, kita
merasa agak terkilan kerana pihak-pihak yang berkenaan seperti UNISEL,
nampaknya tidak peka dengan perkembangan yang baik ini. Penulis berkata
demikian kerana mendapati surat rasmi yang dihantar kepada bakal pelajar baru
UNISEL masih tertera ayat “The university also fully guide students to apply
any available scholarship (Yayasan Selangor, Karangkraf, MARA, MyBrain etc.)
and to fill on-line PTPTN loan application.”- (para ke-3)
Apakah pihak UNISEL tidak
dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan
percuma di Universiti tersebut?
Ketidakpekaan pihak
UNISEL ini memberikan gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat seolah-olah telah
membuat janji palsu. Dengan itu, diharapkan pihak yang berkenaan
akan mengambil tindakan memperbetulkan segera kesilapan mereka dengan
mewar-warkan berita baik yang dibawa oleh PR kepada pelajar UNISEL.
Elaun sara hidup
pelajar-pelajar di pusat pengajian swasta yang bakal diumumkan dilihat sebagai
tepat berdasarkan kos sara hidup yang semakin tinggi yang sebenarnya boleh
dikawal jika pemerintah Malaysia lebih prihatin.
Namun, kerakusan kerajaan
BN mengaut dan merompak apa yang sepatutnya boleh diagihkan kepada rakyat
menjadikan kehidupan di Malaysia semakin hari semakin terhimpit.
Sebagai negara pengeluar
minyak, kerajaan tidak seharusnya perlu meletakkan apa-apa beban di bahu rakyat
sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Brunei. Di Brunei, tidak ada rakyat
yang miskin dan ini bukan seratus-peratus bergantung kepada faktor minyak,
tetapi kerana kerajaannya bersih dan bijak dalam menguruskan hasil minyak
tersebut sehingga ianya dapat diagihkan dengan baik dan sempurna.
Tetapi, keadaan yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia kerana kita mempunyai
pak-pak menteri yang tamak sehingga menyebabkan korupsi berleluasa sehingga
akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Akibatnya, untuk belajar juga
anak-anak kita perlu berhutang keliling pinggang. Jika sudah bekerja
nanti, gaji mereka terpaksa digunakan hanya untuk membayar hutang, jadi bila
mereka boleh hidup senang?
Pelajar adalah nadi
negara dan tidak seharusnya kita memberi tekanan kepada mereka dari segi lain
selain dari belajar. Tindakan PR meletakkan pelajar dan pendidikan di
tahap paling tinggi dan penting adalah satu tindakan yang amat bijak sekali.
Sesungguhnya, Malaysia
kini berada dalam keadaan terdesak dan perlu dipulihkan segera. Dato’
Seri Anwar Ibrahim ada caranya tetapi belum berpeluang berbuat demikian selagi
PR tidak menawan Putrajaya. Oleh itu, perlu diingatkan bahawa kunci nasib
kita semua sebenarnya terletak di tangan kita dan perlu digunakan sebaiknya
dalam pilihanraya yang akan datang.
Ingatlah, andainya PR
memerintah, ia akan merupakan satu bonus untuk rakyat Malaysia kerana bukan
sahaja kos sara hidup dapat diturunkan tetapi segala elaun dan bantuan yang
dijanjikan tetap akan dikotakan. Dalam ertikata lain, rakyat akan
mendapat manfaat berganda hanya dengan membuat pilihan yang tepat dalam
pilihanraya.
Ingatlah di sini, PR cuma pandai menanam tebu di tepi bibir, berjanji paling manis sekali di dunia dan seperti tiada apa-apa halangan bagi mereka untuk menjahanamkan pembangunan negara.
Juak PR tanpa di duga dapat melupakan nafsu-nafsi campur serakahnya Anwar di dalam kehidupan politik, hubungan intim lelaki dan perempuan.
Bila dihitung-hitung, RM berbilion-bilion akan diperlukan bagi membantu bakal pelajar ini dan persoalan yang timbul, dimana Anwar Ibrahim mampu mengumpulkan dana sebanyak ini?? Mungkin tidak sampai setahun cukup untuk menampung pendidikan Mahasiswa ini.. untuk tahun akan datang bagaimana pula.
Tunaikan janji di PRU-12 dulu lah.. bodoh punya juak-juak haram jadah nih.
Comments