Dah tau duit tu tak cukup.. duduk diam-diam tak boleh ker??


sultanjohor
Nombor plat idaman ramai WWW 1 yakni ringkasan pada alamat di internet World Wide Web adalah milik Sultan Johor.
Baginda memperolehinya menerusi bidaan tender tertinggi sebanyak RM520,000.
Bidaan baginda mengatasi 9,999 orang lain.Ini termasuk Yang Dipertuan Agong yang memperolehi nombor plat WWW 5.
Hasil tender berkenaan dipaparkan dalam laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.-28/5/2012

Rekod baru... Nilai keseluruhan bidaan no plat WWW RM64 juta

Rekod baru dicatatkan apabila nombor pendaftaran siri WWW  mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,243 permohonan diterima sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei 2012 yang lalu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Kong menambah, nilai bidaan keseluruhan adalah sebanyak RM64,225,838.51. Kutipan hasil daripada pembida yang berjaya adalah dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri-siri sebelum ini.
"Nombor pendaftaran telah WWW 1 telah mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima adalah bernilai RM520,000.00, ini mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.00," katanya dalam satu kenyataan media petang Khamis.
Menurut beliau siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000.00 dan 3 daripadanya adalah bernilai melebihi RM300,000.00. 
Bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.
"Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida,"tambahnya.
Secara keseluruhannya, 4908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya sebanyak 5091 akan menjadi nombor semasa (running number) apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak, ujar beliau.
Kong berkata keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada 28 Mei 2012 memandangkan pihak JPJ memerlukan masa untuk meneliti bilangan bidaan yang besar sebanyak 18,243 bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam keputusan tender.
Sehubungan itu, surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.
Pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju. Bagi pembida yang berjaya, bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.
Manakala, pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan, jelas Kong.

Comments