Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menyokong kerajaan Barisan Nasional berdasarkan rekod pencapaian, bukan kerana kerana mereka takut kepada Perdana Menteri.
“Saya tak mahu sokongan diberikan semata-mata kerana nak sokong saya sebagai Perdana Menteri. Kalau kata nak bodek Perdana Menteri, zaman nak bodek Perdana Menteri sudah berakhir,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Persara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) di Kuala Lumpur, Khamis.
“Bila saudara sudah bersara dari kerajaan, saya tak boleh nak naikkan pangkat pun. Saya tak boleh nak bagi jawatan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Mungkin, kalau nak bagi tambah pencen, mungkin boleh,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 pesara kerajaan yang hadir pada majlisberkenaan.
Perdana Menteri berkata, sokongan hanya patut diberikan sekiranya pesara-pesara merasakan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional berhak mendapat sokongan.
“Kalau tuan-tuan dan puan-puan sokong kerajaan pada zaman ini kerana yakin kita berhak mendapat sokongan, bukan kerana yang lain. Bukan kerana takut kepada Perdana Menteri.
“Tak ada. Kalau nak tukar dah tak boleh nak tukar dah.Nak tukar ke mana? Hulu Jerantut? Gua musang? Tak ada sebab mengapa tuan-tuan dan puan-puan takut pada Perdana Menteri,tetapi kerana tuan-tuan dan puan-puan menghormati saya,” katanya.
Najib berkata, sokongan daripada pesara amat besar maknanya kerana ia dibuat dalam sistem demokrasi berparlimen di mana kerajaan mengembalikan hak penentuan kepada rakyat sekali dalam masa tidak lebih daripada lima tahun.
“Kitamemberi hak kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang layak, pihak mana yang patut diberi sokongan. Penentuannya ialah kepada sejauh manakah kepercayaan dan keyakinan kita terhadap sesuatu pihak itu untuk memimpin negara dan mentadbir negara kita,” katanya.
Najib berkata kriteria utama yang patut dilihat oleh rakyat ialah “track record”kerajaan Barisan Nasional selama ini.
“Sebagaisebuah kerajaan kita telah berjaya membangunkan negara, memakmurkan rakyat, dan sejauh mana kita telah membela penjawat awam selama ini. Kalau kita menoleh ke belakang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dan lebih lama daripada itupun, apakah kita sudah yakin kepimpinan dulu dan hari ini yang saling sambung menyambung dalam konteks kesinambungan negara kita telah benar-benar membina kebajikan penjawat awam?
“Kalau jawapannya ialah Ya, pihak yang ada dulu dan sekarang in telah benar-benar membela untung nasib penjawat awam, maka layaklah saya dan rakan-rakan mendapat sokongan yang padu daripada tuan-tuan.”
Najib juga menasihatkan pesara supaya tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang. “Jangan kita terpedaya dengan janji-janji manis di bibir yang kita tahu pada lojiknya tidak rasional. Kerana apa kerana diaidamkan Putrajaya. Bila sampai pada pilihanraya, apa nak jadi-jadilah.
“Sayatak boleh berjanji sesuatu saya tahu saya tak boleh tunaikan. Ini kerajaan yangbertanggungjawab. Sebab itulah perlu yakin dengan kerajaan Barisan Nasional,”katanya.
Najib berkata, dia mahukan sokongan bukan kerana diri sendiri tetapi untuk kerajaankerana ia mempunyai satu agenda besar untuk memartabatkan bangsa.
“Kita ada matlamat yang indah untuk rakyat, ia bukanlah sesuatu khayalan, igauan,mimpi di siang hari,angan-angan mat jenin atau janji tinggal janji. Kita adaagenda yang akan membela kemakmuran rakyat negara kita. Isyaallah dengansokongan ini kita akan melaksanakan janji-janji.
“Apabila anda pulang, sampaikan mesej ini. Anda tahu track record saya sebagai Perdana Menteri, Di mana saya boleh bantu, saya bantu,” kata Najib yang selepas itu mengumumkan bersetuju dengan cadangan presiden PUKEMAS, Datuk Omar Osman supaya 19 Julai dijadikan Hari Pesara mulai tahun hadapan.
Comments