Tinta Jambu hanya menyahut cabaran blogger Tepak Bersulam agar mendapatkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada mulanya, keadaan menjadi agak sukar untuk menjadi 'paparazi' tak bertauliah apabila di kawal ketat oleh safety guard Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, "dilarang sama sekali mengambil gambar Datin." Cuba juga memujuk, "alah kak.. sekeping jer.. sekeping jer.." Umang ai.. aksen betul akak polis nih.. hehe.. Dia tetap cakap tak boleh.. terpaksalah Tinta Jambu akur.
Apa pun Tinta Jambu menghormati tugas polis. Itu macam lah, tugasnya yang berprinsip.. Tak boleh katakan tidak..
Dalam duk memikir.. TJ pandang atas.. "Ah'haaaaaaa.. lupa pulak masjid ni tiga tingkat." Tanpa melengah-lengahkan masa.. TJ naik atas dan mengambil gambar ala-ala paparazi gitu. Mengegel tekau eh..
Apa pun Datin Seri Rosmah Mansor memang sporting habis lah.. Orang kata dia sombong?? Ado mak.. sombong ker??
Tak baik fitnah tau.. hebat Datin Seri Rosmah Mansor.. dalam ada pihak giat memburukkan beliau, beliau semakin relax dan cool plak??
Habis tu.. golongan orang mato tinggi ni suka fitnah untuk apa?? Bukalah fikiran kita dari terus menerus jumud. Apa dar..
Seburuk-buruk fitnah ditaburkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, buruk lagi kelakuan orang yang mencipta fitnah buat dirinya.
p/s : Beliau isteri pembaca berita yang bergelar Pak Ngah pun adalah fitnah belaka yang dirancang oleh pihak tertentu.. Hebat datin nih.. hanya kerana beliau manusia naif yang tak reti melawan.. dirinya tidak henti-henti di fitnah. Kalau lah betul beliau seorang veto kepada suami dan rakyat umum.. tentu sekali ramai orang yang dah di samannya.. Lagi orang fitnah apa saja, lagi beliau buat derkkkkkk jer.. kaki fitnah tak lelah ker???
Comments