MENTERI PAKISTAN TAWAR RM300 RIBU BUNUH PENERBIT FILEM HINA NABI...
Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.
Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.
Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.
Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.
"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.
Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.
Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.
Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.
Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.
Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.
Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi.
- Sinar Harian
Bila tinta menari-nari,
Jujurnya Tinta Jambu tidak bersetuju dengan saranan dan idea membunuh penerbit filem 'Innocence of Muslims' biarpun filem tersebut telah membangkitkan kemarahan umat Islam dunia.
Penerbit Yahudi itu tidak ada lain, mahu menimbulkan provokasi ke atas umat Islam dan memberi gambaran yang tidak baik kepada penganut agama lain agar terus-terusan membenci Islam.
Biarpun kemarahan memuncak dan akibat daripada penayangan yang disifatkan kurang ajar dan menghina itu telah mengorbankan banyak nyawa.. baik kristian mahupun umat Islam.. MEMBUNUH bukan satu jalan penyelesaian yang baik dan menambah lagi kemarahan kedua-dua belah pihak. Di mana ia merupakan pertempuran antara kemarahan Umat Islam dan makhluk Kafir Lakhnatullah.
Mengambil contoh Saddam Hussein misalnya, dituduh menyimpan senjata rahsia di negaranya Iraq. Walaupun itu dasar fitnah dan menghina umat Islam seluruh dunia, tetapi dia tetap dihukum bunuh. Perkara ini sepatutnya diperjuangkan oleh umat Islam jika mahu dilihat benar-benar memperjuangkan Islam. Tetapi desakan dari Amerika juga menyebabkan orang Iraq kini hidup seadanya dan tiada haluan yang nyata. Tetapi kuasa barat/kafir masih lagi bermaharajalela.
Begitu juga halnya dengan gesaan agar penerbit ini dibunuh dengan memberi sejumlah ganjaran yang amat besar. Akhirnya nanti, apabila penerbit itu berjaya di bunuh, dunia tetap akan memberi persepsi dan gambaran negatif kepada umat Islam dunia. Malah perkara ini akan mencetuskan kemarahaan Yahudi dan terus membunuh umat Islam dengan pelbagai cara. Termasuk dengan cara menayangkan 'Innocence of Muslims'..
Umat Islam akan berjaya digambarkan sebagai pengganas. Apabila persepsi ini berjaya, maka penganut agama kristian terutamanya berbangsa Yahudi akan terus-terusan menghukum umat Islam.
Umat Islam akan terus dihukum akibat daripada bukan kesalahan mereka sendiri. Adakah ini adil kepada umat Islam??
Umat Islam dunia perlu bersatu dan metaati segala suruhan dan jauhi larangan di dalam agama Islam dan perlu menginsafi dan mentaati wasiat Rasulullah iaitu;
“Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, karena setiap perkara baru ( bid‘ah) itu sesat.” (HR. Abu Dawud no. 3991).
Nasihat seterusnya baca di sini kerana itu yang Tinta Jambu faham.. Kita tidak boleh bertindak luar dari batasan emosi.. kerana bertindak dengan emosi akan memberi kesan yang tidak baik dalam jangka masa panjang.
Tinta Jambu berharap, tidak ada seorang yang menurut kepada gesaan tersebut semata-mata untuk mendapatkan imbuhan yang banyak tersebut.
Mari kita sama-sama mendirikan solat dan memohon kepada Allah agar pesalah ini menerima pembalasan di atas perbuatannya. Jangan kita terus dihina dan terus di hina disebabkan oleh penghinaan yang dilakukan oleh orang lain.
Waimma, di dalam hukum kita boleh membunuh penerbit tersebut, tetapi adakah kita memikirkan kesannya kepada rakan-rakan Islam kita yang lain?? Umat Islam kan bersaudara.. Kasihanilah mereka..
Daripada perkara itu berlaku, adalah lebih baik umat Islam yang jahil belajar untuk mendalami ilmu Islam.. umat Islam yang belajar ilmu Islam tetapi tidak mengamalkan segala ajaran dan melakukan segala kejahilan, kembali kepada tali dan ajaran Islam.
Umat Islam perlu bersatu.. kerana Perang Salib sentiasa berlaku di dalam pelbagai bentuk dan ruang. Walaupun hanya menekan atau menyentuh satu butang gajet.. ianya akan memberi kesan yang amat hebat.
Umatku.. Umatku.. Umatku.. - Ingatan sehingga akhir kewafatan Rasululullah, Nabi Mohammad SAW kepada kita.. Tetapi kita selalu lupa..
Waulah hu alam..
Comments