Antara alasan MB Selangor untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri lebih awal adalah dengan menfitnah SPR kononnya data pemilih di Selangor tidak bersih.
Untuk membuktikan fitnahnya satu kebenaran, Khalid Ibrahim telah memperuntukkan RM5 juta di bawah Geran Selangorku untuk mana-mana pihak (kumpulan atau individu) seperti parti politik dan NGO untuk menggunakan geran tersebut bagi menunjukkan ada daftar pemilih yang tidak bersih dan wujud penipuan.
Malangnya, setelah hampir setahun geran tersebut dikeluarkan, Kerajaan Selangor gagal membuktikan fitnah mereka kepada SPR. Apa yang lebih manis, akhirnya MB Selangor mengakui kesahihan 350,000 pengundi seterusnya mengesahkan daftar pemilih negeri Selangor adalah bersih. Sila baca keratan akhbar di bawah untuk mengetahui bagaimana fitnah Kerajaan Selangor dijawab SPR.

Klik untuk besarkan imej
Untuk makluman pembaca MyMassa, sebenarnya ada sebab kenapa Kerajaan Negeri Selangor terpaksa mengadakan geran sehingga RM5juta untuk membuktikan fitnah mereka benar.
Selepas Pakatan Pembangkang menguasai Selangor, mereka telah memulakan gerakan untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan BN cuba merampas kembali Selangor dengan cara kotor.
Antara cara yang digunakan oleh pembangkang adalah dengan menuduh wujudnya pengundi hantu di Selangor.
Mari kita tengok apa yang berlaku selepas itu…
Klik untuk besarkan imej
Nah! Nampak pengundi-pengundi yang sah telah dituduh oleh PKR, DAP dan PAS sebagai pengundi hantu semata-mata untuk menfitnah SPR. Akibatnya, individu-individu yang difitnah SPR telah menuntut bayaran daripada Pembangkang. Oleh kerana pembangkang tak tahu bahawa setiap tuduhan mereka ada harganya, maka mereka terpaksa menggunakan duit rakyat Selangor untuk membayar fitnah-fitnah jahat mereka. Maka dengan sebab tersebut, maka geran Selangorku sebanyak RM5 juta terpaksa diwujudkan.
Kalau pembangkang sesedap rasa boleh tuduh SPR, sekarang ni MyMassa mahukan jawapan daripada pembangkang dengan adanya bukti ini…
Adakah benar PAS dan PKR selama ini menggunakan pengundi yang diimport dari Selantan Thailand untuk mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan selama 20 tahun?
Klik untuk besarkan imej
Comments