Pemandangan Gunung Elbrus dari tapak landai
Anak Felda Jelai mahu tawan Everest
Hanis mahu tawan Everest – selepas Berjaya takluk gunung
Elbrus, tertinggi di Eropah
Generasi muda Felda sekarang ternyata memiliki banyak
peluang untuk meneroka dunia luar yang lebih luas, sekaligus tidak lagi menjadi
seperti kelompok ‘katak di bawah tempurung.’
Perumpamaan dan tanggapan negative itu kini boleh dibuang
jauh-jauh, lantaran semakin banyak generasi muda Felda hari ini mampu mengukir
kejayaan di dalam mahu pun di luar Negara.
Hanis bersama rakan-rakan di puncak Elbrus
Kecemerlangan itu bukan setakat dicipta di dalam bidang akademik dan kerjaya, malah lebih daripada itu apabila kini anak muda Felda sudah mula mencipta nama dalam aktiviti mendaki gunung bersalji, sekaligus mengharumkan nama Negara, Malaysia amnya, negeri Sembilan khususnya.
Ini terbukti apaila seorang anak gadis dari Felda Jelai 1,
Gemas Negeri Sembilan baru-baru ini mencipta rekod untuk muncul sebagai wanita
pertama Negara Berjaya menjejakkan kaki di puncak gunung tertinggi di benua
Eropah iaitu Gunung Elbrus yang terletak di Rusia.
Kejayaan yang diraih oleh Siti Hanisah Sharuddin (Hanis),
22, itu membuktikan bahawa
anak gadis Felda mampu mencipta sejarah yang bukan
hanya mengharumkan nama Felda, malah meletakkan Malaysia sebaris dengan Negara
lain terutama barat dalam melahirkan pendaki terbaik dunia.
Sejarah dicipta bermula pada tahun 2005 apabila Hanis
menerima tawaran daripada Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) yang
dipimpin oleh pendaki Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin (Qobin), 30.
Menurut Qobin, beliau memberikan tawaran itu atas landasan
mahu melihat lebih ramai anak muda Felda terlibat di dalam aktiviti mendaki
gunung di dalam dan luar Negara.
“Saya kenal Hanis ketika saya berlatih di Kompleks Sukan
Bukit Jalil untuk projek berbasikal mengelilingi dunia pada tahun 2005, Hanis
pula ketika itu merupakan atlet jalan kaki 20 kilometer kebangsaan dan
menjalani di kompleks sukan tersebut.
“Dari situ, saya lihat Hanis mempunyai potensi untuk
dibentuk menjadi pendaki Negara.”
Ujar Qobin yang baru-baru ini nerjaya
menamatkan misi menakluk tujuh puncak dunia di tujuh benua menerusi Projek
Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau dikenali 7 Summit’s Expedition.
Qobin menamatkan misi tersebut di Gunung Elbrus, Rusia pada
13 Januari 2012. Gunung tersebut merupakan gunung tertinggi di Benua Eropah
iaitu 5,642.7 meter/18,513 kaki dari paras laut. Ia terletak dalam Wilayah
Kabardino-Balkaria, selatan Rusia iaitu di Banjaran Caucasus yang bersempadan
dengan Negara Georgia.
Puncak tertinggi dunia, Gunung Everest (8,848 meter) telah
Berjaya di tawan Qobin pada tahun 2004. Manakala lima puncak tertinggi lain
iaitu Gunung Aconcagua, Argentina (6.960 meter), Gunung McKinley, Alaska
Amerika Syarikat (6,194 meter), Gunung Kilimanjaro, Tanzania Afrika (5,895
meter), Gunung Vinson Massif, Antartika (4,897 meter) dan Gunung Kosciuszko,
Australia (2,228 meter) Berjaya di takluk dalam tempoh dua tahun iaitu 2010
hingga 2011.
Qobin memberitahu selain Hanis, terdapat dua lagi anak Felda
yang akan dibimbing untuk muncul sebagai pendaki Negara dalam misi menawan
tujuh puncak tersebut.
Menurutnya, kedua-dua anak Felda itu akan memulakan misi
mendaki tersebut pada tahun hadapan.
Klik pada gambar untuk size sebenar
Sementara itu, Hanis yang merupakan seorang anggota Tentera
Laut DiRaja Malaysia (TLDM) berkata, beliau berterima kasih kepada Qobin yang
memperkenalkan kepadanya aktiviti mendaki gunung.
“Saya sangat baru dalam dunia mendaki gunung. Saya hanya
mula mendaki pada Mac tahun ini.
“Memang saya kenal Qobin pada 2005, tetapi hanya pada tahun
ini, Qobin bertanyakan sama ada saya berminat menyertai projek mendaki puncak
gunung tertinggi di tujuh benua yang berlainan seterusnya menjadi anak Felda
pertama terlibat.
“Saya terus menjawab okey dan sejak itu, bermulalah sesi
latihan di beberapa gunung di dalam Negara.” Katanya yang bersyukur kerana
Berjaya melakar sejarah sebagai wanita Malaysia pertama menjejakkan kaki ke
puncak tertinggi di benua Eropah iaitu Gunung Elbrus pada 13 Jun 2012 yang
lalu.
Oleh kerana masih baru dalam aktiviti mendaki gunung, Hanis
hanya pernah mendaki Gunung Bunga Buah du Pahang, Gunung Berembun di Terengganu
dab Gunung Kinabalu di Sabah, sebelum menjejakkan kaki ke puncak Elbrus.
Mengulas pemilihannya untuk projek mendaki tujuh puncak di
tujuh benua termasuk untuk menawan Gunung Everest iitu gunung tertinggi di
dunia, Hanis berkata,
“Qobin pernah memberitahu saya bahawa saya dipilih untuk
projek ini kerana saya memiliki kecergasan dan stamina yang sesuai sebagai
seorang pendaki.
“Selain itu, saya juga meminati aktiviti aktiviti mendaki
gunungm Cuma tak tahu macam mana nak sertai aktiviti tersebut. Dengan peluang
yang diberi, Insya Allah, saya akan menamatkan misi menakluk tujuh puncak
dengan jayanya,” kata Laskar 1 (LK1) dalam pasukan TLDM itu.
Menceritakan pengalaman mendaki gunung bersalji tebal, Hanis
mengakui ia satu pengalaman yang mengujakan.
“Memang penat mendaki gunung, tetapi banyak pengalaman dan
ilmu baru diperoleh termasuk cara memakai but dan crampon (pengapit kasut
berpaku) yang betul, cara mengawal pernafasan ketika mendaki di altitude
tinggi, cara berjalan di laluan bersalji dan lain-lain.” Katanya yang memulakan
pendakian dari Pashtukov Rocks (4,700 meter/15,350 kaki) ke puncak Gunung
Elbrus, pada pukul 4:45 pagi, pada 13 Jun 2012 lalu.
Beliau tiba di puncak tertinggi di benua Eropah itu tepat
pukul 2:45 petang dan bermakna masa yang diambil untuknya tiba di puncak
tersebut ialah 10 jam.
“Setibanya di puncak, saya mengucapkan syukur yang teramat
sangat ke hadrat Ilahi kerana membenarkan saya menjejakkan kali ke puncak
Elbrus.
“Tanpa izinNya, sudah pasti saya tidak tiba di puncak,
selain sokongan rakan-rakan pendaki yang
bersama dengan saya,” katanya yang tiba berlima di puncak dalam selang waktu 15
minit.
Hanis turut mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya,
Mohd Azam Abu Hashim, 46 yang tidak putus asa memberi latihan kepadanya du
Sekolah Menengah Jelai.
Mengenai pengalaman paling tidak dilupakan sepanjang
pendakian tersebut, sambil berfikir sejenak, Hanis berkata;
“Sudah tentu saya tidak dapat melupakan peristiwa seorang
rakan pendaki yang hampir terjatuh ke sisi lereng gunung,” katanya.
Menurutnya, ketika itu dia berjalan di belakang Zainudin Lot
(Deeno) di lereng gunung menuju ke kawasan yang dinamakan Saddle Rock.
Lereng yang dilalui itu amat sempit dan tidak ada ruang
untuk memotong, justeru beliau hanya berjalan mengikut langkah Deeno.
“Tiba-tiba saya ternampal crampon yang dipakai oleh Deeno
terbuka dan terkeluar dari tapak kasut.
“Saya beritahunya dan dia menjawab, taka pa.. kita jalan ke
depan sikit.
“Belum sempat berkata lagi, Deeno tergelincir ke sisi lereng dan saya secepat kilat terus
menyambar tali beg galasnya.
“Saya kemudian merebahkan badan dan memijak sekuat hati di
tebing lereng untuk dijadikan pasak bagi menampung berat badan Deeno.
“Perlahan-lahan, saya suruh Deeno bergerak ke dinding air
untuk bersandar di situ, sebelum kami menarik nafas lega kerana terselamat
daripada maut,” ceritanya panjang lebar.
Menurut Hanis, apabila keadaan kembali tenang, beliau
memasangkan semula crampon dalam keadaan berbaring.
“Saya tak boleh nak memasang crampon itu dalam posisi duduk.
Ini kerana saya tidak boleh membongkok kerana lereng yang dilalui amat sempit.
“Terpaksa saya berbaring sambil menyengetkan badan untuk
memasang semula crampon Deeno,” katanya yang juga tidak boleh melupakan
bagaimana dia tertidur beberapa saat ketika memasang crampon Deeno.
“Menurutnya, paras oksigen yang rendah membuatkan pendaki
berasa mengantuk dan ada kalanya sukar dikawal sehingga kerap berhenti untuk
melelapkan mata.
“Sepatutnya tidak boleh tertidur ketika mendaki, tetapi
itulah realitinya kerana rasa mengantuk yang sukar dikawal.” Katanya yang
mengambil masa empat jam untuk turun dan tiba semula di bilik penginapan di
Barrels hut yang terletak di ketinggian 4,157 meter/13,638 kaki.
Sementara itu, ibu bapa Hanis yang menyambut kepulangan anak
kelima daripada tujuh beradik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada 21 Jun 2012 lalu bersyukur kerana anak mereka selamat pulang ke
tanahair.
Ibunya, Rubiah Abd. Rahman, 51, memberitahu, beliau member
restu kepada Hanis untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang boleh mengharumkan
nama Felda, Negara khususnya dan negeri amnya.
“Makcik tahu kemampuan dia. Jadi makcik bekalkan nasihat dan
doa agar dia selamat pergi dan balik.,” katanya yang sentiasa mengingatkan
Hanis agar tidak lupa kepada Allah SWT walau dima sahaja berada, selain
berhati-hati sepanjang pendakian.
Bapanya, Sharuddin Ahmad, 55, pula berkata, beliau sentiasa
member galakan kepada Hanis untuk menceburi apa sahaja bidang yang diminatinya.
“Pakcik bukan setakat menyokong semua usaha Hanis, tetapi
juga pakcik mahu stiap yang dilakukannya beroleh kejayaan.
“Selain itu, factor, faktor keselamatan diri dan tahu jaga
diri di rantau orang juga sentisa pakcik tekankan pada dia.” Katanya.
Dalam pada itu, Hanis akan meneruskan misi menjejaki tujuh
puncak pada bulan September ini, iaitu menkluk puncak tertinggi di benua Afrika
iaitu Gunung Kilimanjaro.
Comments