RAMAI penyokong
Pakatan Rakyat tidak faham apa isu sebenarnya berkaitan dengan hukum
hudud yang diucapkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam
konvensyen MCA yang baru lepas, sehinggakan Naib Presiden PAS, Salahudin
Ayub, memberikan kata dua kepadanya untuk meminta maaf atau menghadapi
tindakan undang-undang dalam masa 1 minggu.
MCA menentang dan memperlekeh hudud, so apa masalahnya? Adakah ini perkara baru?
Kalau Salahudin terlupa, penulis nak sebutkan disini yang MCA dah lama menentang hudud, bukan sejak berada di bawah pimpinan Soi Lek sahaja pun.
Sebaliknya sekarang, kata dua Salehudin ini menimbulkan pertanyaan ramai orang, adakah beliau cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS akan tetap mahu melaksanakan hudud di negara ini jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak?
Adakah PAS sudah lupa bahawa DAP sebagai salah satu komponen terbesar dalam Pakatan Rakyat juga menentang perlaksanaan hudud, malah pendirian itu (tidak melaksanakan hukum hudud) juga adalah pendirian rasmi Pakatan Rakyat dimana PAS sebagai anggota komponennya?
Pendekatan dan cara disebut sahaja yang berbeza dari apa yang disentuh Soi Lek, tapi matlamatnya tetap sama, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Period!!
Penulis tidak berminat mempertahankan MCA kerana parti itu secara teorinya sudah ‘mati’.
Tapi penulis lihat MCA boleh ‘hidup semula’ kalau polemik hudud dengan PAS ini kalau berterusan. Bagaimana? Kalau MCA berjaya mengaitkan DAP dalam polemik ini jika tindakan undang-undang diteruskan nanti. Malah percaya atau tidak, usaha itu sedang giat dijalankan sekarang sebaik cabaran Salahudin ini tersebar.
Ini sudah pasti berlaku kerana MCA dan DAP secara teorinyanya ‘bersekutu’ dalam soal penentangan terhadap hudud.
Bagaimanapun, kelebihan berpihak kepada MCA kerana sekurang-kurangnya BN tidak mempunyai pendirian rasmi untuk melaksanakan hudud, berbanding dengan PAS dalam Pakatan Rakyat yang masih berkeras untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut.
Walaupun sudah rasmi hudud tidak ada dalam agenda Pakatan Rakyat (malah PAS sendiri – rujuk Muktamar PAS 2011). Tapi dari banyak kenyataan oleh pemimpin PAS yang boleh dirujuk kebelakangan ini, menunjukkan kecenderungan ke arah itu.
Lebih membimbangkan penulis, ancaman PAS terhadap Soi Lek ini sudah mula menjadi buah mulut di alam siber dan kedai kopi, terutama yang berkait rapat dengan masyarakat Cina. Malah, ada juga yang mengatakan DAP menyokong PAS untuk menyaman MCA kerana menentang hudud atau dalam bahasa mudah, DAP juga menyokong hudud!!
Tak logik? Kenapa tidak, bukankah PAS dan DAP sama-sama bernaung di dalam Pakatan Rakyat?
Rasanya tak perlu penulis nak ingatkan bagaimana bahayanya persepsi DAP menyokong hudud ini kalau dimainkan di kalangan orang cina. Pilihanraya umum 1999, dek kerana isu hududlah DAP hilang kuasa di banyak tempat dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh sendiri pun tewas di kawasan masing-masing.
Oleh yang demikian, penulis ingin menasihatkan PAS, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara seumpama ini sangat bahaya kepada politik DAP dan Pakatan Rakyat.
Adalah lebih baik dan bermakna jika PAS menyerahkan kepada NGO-NGO Islam yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas MCA berhubung kenyataan Soi Lek tersebut, dengan PAS sendiri menjauhkan diri.
Lebih jauh PAS menjarakkan diri, lebih baik.
Masyarakat hari ini, terutama masyarakat cina, bukan bodoh. Dah elok-elok 100% sokongan masyarakat cina terhadap DAP, kalau MCA berjaya memutar belitkan isu ini nanti, berlaku peralihan sokongan yang hanya akan memberi kelebihan kepada BN.
Penulis faham PAS mahu mengaut sebanyak yang boleh undi dari orang Melayu dengan mempolitikkan isu ini, tapi apalah maknanya usaha tersebut jika ia boleh mengorbankan sokongan berharga kaum cina terhadap Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP?
Dulu pun penulis sudah sebut dan penulis tidak kekok untuk menyebutkannya lagi, hudud dalam apa keadaan sekali pun tidak boleh dilaksanakan di Malaysia apatah lagi dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.
Inilah faktanya, sama ada PAS suka atau tidak.

Sumber : Suara Pakatan Rakyat
Comments