Penyelesaian Taman Perpaduan Heights Kuala Pilah. (Tahniah perjuangan dan semangat anda hebat)

Kalau kita ikut nafsu bongeh.. pemboli kek Projek Perumahan Terbangkalai Taman Perpaduan Height Kuala Pilah Negeri Sembilan DK, ghamai yang meninggal sakit daghah tinggi atau sakit jantung.

Dasar eh.. memang macam tulah.. Alhamdulillah, pemboli-pemboli memang hebat dan bermuafakat mendapatkan keadilan daripada projek yang mulo eh indah khabar dari rupa.

Namun begitu, jangan pula kita terus-terusan menuding jari walaupun dah banyak jari menuding sampai langsung tidak ada kata putus.

Dan apabila semua menudingkan jari.. yang sepatut eh bertanggungjawab dah tercicir gigi nak menjawab.. akhirnya, masalah ini dapat diselesaikan.

Sei tak koso nak memuji Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan doh.. sei pun bukan pemboli taman perumahan ni. Tapi bilo mendungar masalah ni ditanggung pihak pemboli.. tak salah pulak sei bersimpati dan ambil tahu tindakan demi keputusan di ambil oleh keduo-duo bolah pihak iaitu antara pemboli dan pihak yang berwajib membina taman perumahan ini.

Jangan marah-marah lagi.. usaha anda semua bukan di paras buntu. Hanya tunggu masa beberapa prosidur.. Selepas itu akan terbinalah perumahan itu untuk anda pemiliknya.

Jika ini hak anda.. lama atau sebentar.. ianya akan tetap menjadi hak anda juga.. Alhamdulillah, amin.

Tahniah Jawatankuasa Taman Perpaduan Height di atas perjuangan anda selama ini.

Butiran di bawah ini sei ambil dari Taman Perpaduan Heights Kuala Pilah NSDK Facebook Page. Sei like sobab sei nak tau perkembangannya. Bukan sobab apo pun.. sobab sei simpati juo dengan nasib yang menimpo sekeliannya.

Orang kata, walaupun masalah tidak kenal siapa, tidak pula kita sombong tak ambil tahu. Walaupun sekadar ambil tahu.. 


 
Renteten Peristiwa,

 Projek Perumahan Terbengkalai di Kuala Pilah, Negeri Sembilan 1999-2012

1. Pada 7/2/2012 satu pertemuan di KPKT Putrajaya diantara AJK perumahan dan pihak KPKT, MDKP dan SUK bagi membincangkan jalan penyelesaian. Satu perkembangan yg positif dan perjumpaan seterusnya bakal diadakan 1 bulan dari tarikh tersebut bersama pakar perunding yg dilantik oleh KPKT bersama JKR Teknikal bagi menyediakan laporan tapak projek tersebut. Pemaju juga sudah dilantik tetapi masih belum dapat dberi keputusan terakhir. Di minta kepada sesiapa yg mengetahui maklumat2 pembeli sila PM saya supaya perjumpaan antara pembeli dimasa akan dtg dan penyampaian maklumat status projek dapat dimaklumkan. Terima kasih. (Pesanan dr Pengarah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) kepada wakil AJK pembeli yang hadir.

2. 5/6/2012 8.30pm- Satu Mesyuarat ahlijawatankuasa bersama-sama dengan Pemaju Kemajuan Perpaduan Heights S/B (Likuidasi) telah diadakan bagi membincangkan dalam soal pemulihan projek berkenaan. Setelah dibincangkan maka AJK telah membuat keputusan dlm masa terdekat akan mengatur satu mesyuarat dengan Parlimen Kuala Pilah, ADUN Kuala Pilah & Majlis Daerah Kuala Pilah dengan dihadiri pembeli dan juga wartawan media. Diharapkan sesiapa yg mengetahui maklumat pembeli sila beri maklumat segera disini. Tiada siapa yg akan merubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Sama2lah kita berganding bahu agar2 permasalahan rumah kita yg terbengkalai setelah sekian lama ini dapat dipulihkan. InsyaAllah. Ini adalah kerana Pemaju Peneraju Pemulihan sudah bersedia menjalankan tugas bagi projek baik pulih tersebut.
 
3.  17/7/2012 jam 9.00 p.m. Mesyuarat di Balairaya Senaling.

Klik kek gambar nak baco toghang
 

 Klik kek gambar nak baco toghang
Klik kek gambar nak baco toghang

4. Penyerahan Memorandum Desakan Membaik Pulih July 24 in Majlis Daerah Kuala Pilah. Jam lebih kurang 3.30 ptg sambil dikawal lebih kurang 20 anggota polis bagi menyempurnakan penyerahan memorandum tersebut. Liputan media di jemput dari akhbar Nanyang Siang Pau & akhbar Sinar.
 

 
Klik kek gambar nak baco toghang
 
5. Jawapan yang diterima oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui email.

 
6.1 Ogos 2012 - Sampai keluar paper sudah eh ha.. dipetik dari sumber : Akhbar Sinar 27/7/2012

7. Peringkat Pertama = Rundingan Persefahaman Dalam Tempoh 14 hari memorandum GAGAL!

7/8/2012 - Mesyuarat yang dirancangkan bersama SU YDP MDKP akhirnya gagal apabila setelah menunggu hampir 2 jam di Dewan Mesyuarat MDKP bersama penglikuidasi (Kemajuan Perpaduan (M) S/B), SU MDKP tidak muncul tiba. Dan menyuruh kakitangan bawahan mrk melayan kami bertanya soalan yg mereka sendiri tidak tahu perjalanan status projek ini skrg. Kami tahu kedatangan kami tidak diundang, apakah kami tidak perlu mendengar apa2 perbincangan utk sama2 mencari jalan penyelesaian? Dimana hak kami!! Inilah hakikatnya senario & karenah kerajaan sekarang. Jika pihak MDKP ikhlas mahu membantu inikah sikap yg mahu ditunjukkan oleh mereka? 

8. Pemaju pemulihan dah ada pun kerajaan tak boleh nak iktiraf. Apa masih ada masalah birokrasi ka dalam pentadbiran kerajaan? Pembeli bingung kenapa pemaju yg dipilih tidak diiktiraf dan diberi lantikan? Atau ada agenda disebaliknya?


 
9. Antara Senarai pembeli yg kami perlukan maklumat no telefon terkini bg urusan dokumentasi.

 
 
10. Kerjasama & Maklumat di perlukan..sila dapatkan segala dokumen berkenaan dan akan dikutip pada perjumpaan akan datang secepat mungkin. Harap maklum. Terima kasih.
 
 

11. BERSABAR. Usaha gigih dari anda semua akan membuahkan kejayaan tidak lama lagi. Macam ni lah.. apabila ada masalah, kita cari punca masalah dan selesaikan cara baik. Budi bahasa budaya kita. Hidup bersopan, amalan semua bangsa. Akhirnya, impian menjadi kenyataan juga. Terima kasih Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dan yang paling penting ialah usaha tanpa penat oleh Jawatankuasa Pembeli Perpaduan Height.




Comments