Kawasan didakwa ada emas diarah tutup


SEREMBAN - Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

''Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

Dalam sidang akhbar itu, Mohamad juga menjelaskan, banyak mitos berkaitan penemuan terowong ini termasuklah digunakan sebagai laluan pengganas komunis yang hendak ke Karak, Pahang.

''Saya ingatkan kepada orang ramai supaya tidak mendekati kawasan terowong ini dan kerajaan telah mengambil segala tindakan supaya ia diletakkan dalam kawasan merbahaya.

''Kita tidak mahu berlakunya tragedi buruk menimpa rakyat hanya kerana memasuki terowong yang belum dipastikan keselamatannya," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan dengan memetik Pengarah Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka, Musafar Hamzah berkata, kawasan pekan Titi pernah suatu ketika mempunyai aktiviti perlombongan emas.

Sumber : Utusan Malaysia 

Tinta Jambu memang tak paham bilo ado yang ngoba Mentori Bosar buek onar dengan rakyatnya dan mengayokan kroni.. Gilo oghang yang menuduh nih.. Tak masuk deq akal logik..

Punyolah Tok MB ni menjago rakyatnya dengan pelbagai cagho dan kaedah.. tak yo botul deq mato oghang-oghang nih.. baik Paneh Miang, baik Rafizi Ramli, baik musuh tersembunyi.. baik segalo-galonyo.. 

Tinta Jambu percayo dan sangat yakin Dato' MB ado kekuatan menghadapi ini semua kerana dah banyak dugaan yang dio lalui.. dan dugaan ini akan dilalui dengan jiwo kental...

Sei yakin beb.. laghi ado yang cubo menangah kebolehan dan keupayaan beliau.. makin beliau tau nak buek apo.. Kenkadang sei tak ghisau amek doh.. tapi ado juo yang sei ghisau.. apo pun perasaan ghisau tersebut adalah bersifat normal bagi pemikir kerdil seperti sei..

Insya Allah, segala-galanya akan baik-baik saja, amin.

Tawakal saya hanya demi Allah SWT untuk seorang pemimpin yang persis Tun Dr. M. Allahu Rabbi, Allah Maha Mengetahui. Amin, Amin, Amin ya Rabbil Alamin.     

Comments

paneh said…
Salam Tinta Jambu,

Maghah nampak e Tinta Jambu ngan kami. Hehe. Kami tabik Tok Mad sebona e. Idea dia, walaupun x semua, ado yg bagus. Wlbgmanapun, macamana kami pernah tak bersetuju dgn Isa sblm ni, begitu jugalah ada perkara yg kami x setuju dgn Tok Mad.

Tapi kami nak bgtau, kami ada dalam circle Tok Mad, so kami tahu apa yg berlaku. Pandangan umum dgn pendapat dalaman ttg apa sebenarnya yg berlaku adalah berbeza. Yg pasti dia mmg tak nak terima pandangan yg bertentangan dgn dia. Mcmana kami tahu? Sbb kami ada dalam circle tu. Hanya org dalam circle dia saja tahu apa sebenarnya yg berlaku.

Kalo nak argue bab kroni dan angkuh ni...panjang ceritanya. Paneh Miang baru keluar 10% saja. Yg lain kami akan tutup selagi terdaya.

Kami ingin melihat Melayu dan N9 maju setelah sekian lama terkebelakang dr negeri jiran kito. Tapi itu tdk berlaku di zaman Isa dan juga Mad Hasan. Mgkn ada perubahan skit bawah Mad Hasan, tapi sepatutnya perubahan itu bolih lebih drastik lg jika Mad Hasan tak terlalu arrogant dan terbuka menerima cdgn. Jika dia bersikap macam Ali Rustam, mgkn N9 akan lebih maju dan makmur, InsyaAllah.

Menegur tak semestinya membenci, tidak menyokong tak semestinya membawa rebah. Tapi membodek keterlaluan itu PASTI merosakkan pemimpin.

Terima kasih.