Kenyataan yang mengatakan bahawa golongan muda sebelum ini menolak UMNO dan kerajaan adalah tidak benar sebaliknya ia timbul hasil daripada agenda orang kecewa yang gagal mendapat kuasa dalam parti.
Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menyatakan bahawa kenyataan kononnya golongan muda tidak menyokong parti ini adalah pandangan daripada mereka yang kecewa.
“Ini adalah kerana dimomokkan oleh kekecewaan pihak tertentu yang menggunakan golongan mahasiswa bagi mencapai agenda politik mereka,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau, sebelum ini golongan mahasiswa tersebut dipergunakan oleh golongan pembangkang termasuklah dalam himpunan jalanan sedangkan dalam masa yang sama mereka ini tidak mengerti apa-apa.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan ucapan Presiden dalam perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012, semalam yang dianggap amat menyentuh hati dan membakar semangat anggota parti.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden yang telah memberi ucapan yang begitu bersemangat yang menyentuh hati para perwakilan dan masyarakat yang begitu turut bersemangat untuk menghadapi pilihan raya nanti.
“Pembahas-pembahas membahaskan usul Presiden menyatakan antara perkara penting di peringkat akar umbi ini patuh kepada Presiden, terima siapa saja untuk jadi calon dan pastikan menang dalam pilihan raya nanti yang mana tentunya akan berlangsung pada tahun depan,” katanya.
Beliau turut tertarik dengan ucapan wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Mohd Arif Yasir yang antaranya meminta peluang supaya diberikan kepada mahasiswa tempatan untuk turut bersama dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO.

Comments