Suntikan semangat bersatu gegar PWTC
Kuala
Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menutup tirai Perhimpunan Agung UMNO
Ke-63 semalam dengan suntikan semangat kepada ahli UMNO supaya bersatu
bagi memenangi Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) dan meminta rakyat menolak
pakatan PAS-PKR-DAP.
Presiden UMNO yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menang besar jika ahli parti bersatu dan tidak bersengketa serta menyokong penuh siapa saja yang dipilih menjadi calon.
Dalam ucapannya, Najib menggariskan pentingnya undi diberikan kepada BN jika rakyat tidak mahu melihat negara diporakperandakan.
Semangat luar biasa
Menurut Najib, semangat dan sambutan terhadap UMNO kali ini amat luar biasa di kalangan ahli, manakala orang Melayu keseluruhannya melihat UMNO pulih dan mampu memimpin negara walaupun difitnah pembangkang.
Kepada rakyat, khususnya ahli dan penyokong UMNO, Najib bertanya sama ada mereka mahu akidah umat Islam sesat, masa depan gelap dan negara menjadi porak-peranda.
Justeru, beliau mengajak ahli parti dan rakyat bersama-sama UMNO dan BN bersatu menentang fitnah PAS, pluralisme PKR dan perkauman DAP.
Genggam tangan kanan
Pada akhir ucapan selama 50 minit itu, Najib mengajak ahli UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan mereka yang menonton siaran langsung menerusi televisyen, menggenggam tangan kanan dan meletakkannya di dada sambil berikrar untuk mempertahankan negara daripada dihancurkan pembangkang.
“Marilah, genggam tangan kanan kita dengan penuh yakin dan percaya... letakkan di dada kita. Satukan hati dan niat. Katakan daripada hati dan jiwa kita... demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah ini, demi anak cucu kita... kita mesti sedia setia kepada perjuangan UMNO demi kesucian Islam kerana UMNO pertahankan Islam.
“Mesti taat kepada pemimpin UMNO demi kemenangan parti, mesti bersatu sesama ahli UMNO, jangan bersengketa kerana perpaduan adalah tiang seri perjuangan kita.
“Yakin dan percayalah, hanya UMNO mampu mempertahankan kesucian Islam. Hanya UMNO mampu membela untung nasib kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan matiku hanyalah untuk Islam. Pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam,” katanya.
Beliau juga berkata rakyat perlu yakin bahawa satu undi untuk PKR adalah undi untuk kerosakan ‘akidah’ dan kehancuran sosial, satu undi untuk Pas adalah undi untuk perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah undi untuk penindasan bangsa.
Sementara itu, pada sidang media, Najib yakin momentum serta sokongan rakyat kepada BN akan berterusan dan membantu BN memenangi PRU-13 dengan majoriti dua pertiga.

Comments