Assalamualaikum wth,
Bila kali terakhir Tinta Menari-Nari.. Rindu rasanya seperti tahun 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004.. 2005... Masa tu setiap saat setiap ketika Tinta Jambu sentiasa bersama pen dan kertas.. Belum ada PC sendiri.. belum ada laptop yang mampu di beli.. yang ada cuma type writter milik abah kerana dia bekas guru besar sekolah. Sekolah terakhir berkhidmat di SK Tunku Laksamana Nasir, Seri Menanti.
Banyak memiliki sifat abah yang sentiasa panas tetapi dalam jauh sudut hati.. lembutnya bagai kapas baru berputik dari dahannya.. Hahahahaha..
Di tahun yang Tinta Jambu catatkan di atas tadi.. merupakan tahun yang setiap masa dan waktu menulis.. Jika tidak menulis satu catatan yang panjang.. memadai ayat pendek, tetapi pemangkin semangat motivasi.
Sebelum 1999, Tinta Jambu banyak menulis cerpen pendek, novel remaja, ada juga menulis sajak.. lantas banyak juga menulis kertas kerja skrip yang dihantar melalui orang tengah.. Ada juga yang menjadi rezeki, tak kala ada juga cerita yang mirip hasil diri kita, tetapi tidak diakui si orang tengah. Tidak mengapalah.. itu bukan rezeki kita..
Kemuncak penulisan Tinta Jambu.. Tinta Jambu pernah menulis ucapan menyokong dasar oleh mantan Presiden UMNO ketika itu dan di bacakan oleh mantan pemimpin ini, menulis ucapan usul sosio-ekonomi, sosio-budaya, sosio-politik.. paling banyak menulis ucapan yang dibacakan disetiap program yang dia singgahi..
Tetapi semua itu sudah berlalu, dan tidak guna untuk diperkatakan lagi.. Tetapi asasnya, ketika itu, sebut saja mahu ucapan yang akan dibacakan di kebanyakan program.. pastinya Tinta Jambu akan tunaikan.. Namun kini, semuanya tidak seperti sedia kala.. Cepat penat.. cepat letih.. tidak dapat berfikir banyak perkara.. dan beberapa perkara penting tidak dapat disempurnakan.. walaupun keinginan hendak melakukan dan melaksanakannya ada.
Mungkin segala yang mungkin.. Tinta Jambu hanya boleh senyum mengingatkan nostalgia ketika itu.. Kerana sayang.. perkara tersebut tidak akan berulang buat kali kedua.. melainkan kaedahnya sama.. nak dapat yang serupa.. sukar sekali..
Maaf kepada semua.. di mana Tinta Jambu amat sukar menyempurnakan seperti yang dikehendaki.. Ini bukan kehendak Tinta Jambu.. Ayat pendeknya, Tinta Jambu tidak lagi suka berfikir, bila keadaan memerlukan Tinta Jambu tidur.. Tinta Jambu akan tidur saja.. Tidak seperti dulu.. Bila ada perkara yang diminta.. Tinta Jambu akan baca.. akan fikir.. akan berikan pandangan..
Hari ini Tinta Jambu dikejutkan dengan permintaan agar mendengar lagu Kehilangan - Firman. Banyak kali Tinta Jambu mendengar lagu ini dan minta difahami.. Tinta Jambu nak faham apa yer??
Kenapa menganggap akan kehilangan Tinta Jambu sedangkan Tinta Jambu selalu ada untuk menemani ruang dan perasaan sahabat tersebut. Munkin luaran Tinta Jambu nampak kasar, tetapi si pengirim lagu ini mengganggap Tinta Jambu mempunyai kelembutan mendengar dan memahami..
Tinta Jambu berasa amat sedih apabila dia terasa kehilangan Tinta Jambu.. Tinta Jambu berjiwa lembut ker?? Sehingga ada insan yang menganggap diri disayangi oleh Tinta Jambu??
Mungkin itulah kuasa perasaan.. Ada juga mengganggap kehilangan Tinta Jambu satu kesedihan. Maafkan Tinta Jambu.. Tinta Jambu tak ingat apa yang Tinta Jambu dah buat kepada sahabat ini.. Apa yang penting, terima kasih kerana ada perasaan tersebut.. Inilah kehebatan dan kuasa Allah Taala.
Comments