[Hahahha.. dah start deh dah] No hal broooo..

Sei nak kobar yoh.. osah handal eh.. Setakat itu ajerlah manteliti apabila sesebuah kumpulan ramai tersebut apabila pendapatnya tidak dipersetujui oleh hanya seorang.. Sei nak perhati lagi sampai mano dio nak menyalah dan menyalak ramai-ramai salah kan keadaan dan situasi..

Kenkadang mereka menerima bulat-bulat apa yang dikatakan pendapat majoriti.. Di sinilah nampaknya, pendapat majoriti tidak semestinya boleh diterima.. Paling menarik.. mereka bijak bila di hadapan.. malah bertambah bijak di belakang..

Akan datang.. bila sesuatu yang berlaku.. tak perlu salahkan orang lain.. salahkan diri sendiri.. kerana mereka pemimpin setempat yang hebat.. bila menjadi pemimpin setempat yang hebat.. mereka tahu susur galur apa yang perlu mereka lakukan..

Kenkadang kita cuba dan usaha beritahu.. melihat pada gambaran yang besar dan kita klasifikasikan dan merujuk kepada penting, berkepentingan dan paling penting.. tetapi mereka menjadikan semua perkara campur aduk.. malah sukar menerima..


Hahahaha.. cebok ajerlah berak sendiri.. jika sesuatu jelas dan nyata tak salah.. tetapi sengaja dipersalahkan.. pendek kata.. tak mahu usaha cari jawapan kenapa?? Asyiknya menyalahkan.. menyalahkan.. atau sebenarnya memang itu ajer hebatnya.. provokasi dan mensensasi.. tak mahu berfikir kenapa berlaku seperti itu??

Cuba carik jawapan kenapa?? Jika baca.. kemudian tuding.. konsep tu dah lama berlaku dan impak dan kesannya memudaratkan.. sebab memang akan ada golongan yang menegakkan benang yang basah..

Kenapa tidak pula menjadikan diri yang hebat itu.. baca, fikir.. selidik, kaji, persoalan.. andaian.. kesimpulan.. jawapan.. tepat?? rasional?? emosional???

Memang sampai bila tidak akan ada kata pada jawapan.. orang macam ini.. jika di jawab.. mereka tetap akan kata.. semua ini cuma nak mencebok berak orang lain.. kikikikiki.. lawak derrrrrrrrr..

Seperti sudah dapat melihat.. kesukaran kerja-kerja (fasa seterusnya) pembesaran jalan dari SRK Ulu Bendul ke Pekan Tanjung Ipoh pula.. (confirm makan tahun.. lepas tu sesi menyalahkan akan berterusan tanpa berkesudahan.. agaknya bab macam nih tak pernah reti penat..) Lepas ini apa pula komen yang akan keluar dari komentar-komentar hebat???

Berbanggalah.. Parlimen Kuala Pilah, perindustrian modal insan bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Berfikirlah cara bagaimana nak memajukan Pekan Kuala Pilah dengan akal dan fikiran yang hebat.. Jika kita terperasan, setiap bahagian sedang membangun secara berinstitusi.. Kuala Pilah dengan banyak pusat pendidikannya, Jempol dengan institusi Pertaniannya, begitu juga Jelebu.. bukan sahaja Pertanian, malah boleh dijadikan lokasi Sejarah.. Rembau hanya sebuah daerah laluan sahaja.. komuter Rembau.. tempat lalu lalang orang yang pergi bekerja balik bekerja.. tidak ada apa yang hebat di Rembau.. Masih kaya dengan tradisi dan rumah kayunya.. tidak mahu dibangunkan.. sudah lama mengimpikan hospital Rembau.. sampai lar nih hanya tapak tanah luas terbentang yang tunggu bila2 masa pembinaan hospital dimulakan..

Tampin.. pekan kain.. carik kain murah di pekan Tampin.. cuma Port Dickson agak mewah dengan kawasan pelancongannya.. Seremban.. bandar malang tetapi tidak reti penat untuk memberi warganya erti senyum walau dalam kepayahan..

Nilai?? Hampir dengan Klang Valley.. 

Berubahlah cara berfikir tu.. zaman provokasi dan mensensasi dah berlalu.. Kita nak berubah kepada persoalan kepada unsur jawapan yang perlu dijawab.. Segala persoalan jika diprovokasi dan sensasi.. akan merugikan diri sendiri.. boleh jadi kepada bahagian sendiri.. jika berlaku sesuatu.. berguna sangat ker nak menyalahkan orang lain?? Kenkadang.. soalan dah ada jawapan.. kita ajer yang tidak menerima jawapan tersebut.. Sedarlah.. zaman tersebut baru sahaja berlalu.. 


Comments