[Hobi berkarya] Sinopsis Perjalanan Musa dan Khidir

Assalamualaikum,



Sebelum kecenderungan sei dalam bidang politik, sei terlebih dahulu berjinak dalam bidang penulisan skrip secara amatur. Banyak dah sebenarnya skrip di hantar ke pihak ketiga untuk di tanderkan kepada penyiaran televisyen seperti RTM dan TV3. Kisah dulu.. 

Sekarang banyak channel yang kita boleh jual idea dan konsep kita. Sei dah lama meninggalkan bidang penulisan skrip secara amatur. Jika sei bukan seperti hari ini, mungkin masa sei terluang sebagai penulis skrip sepenuh masa.

Tetapi, ini jugalah rezeki apabila ada pengiat politik yang tertarik dengan bentuk pemikiran kita tentang sesuatu perkara. Akhirnya, dunia penulisan skrip itu dibiar tidur.

Cuma lately, kecenderungan itu datang semula. Bermula dengan permintaan seorang sahabat yang mahu karya-karya sei dihidupkan semula. Bukan mudah nak membangunkan idealisme yang sudah lama tidur. 

Tiga tahun tak memerah idea menulis karya untuk dipertontonkan. Bukan mudah sebenarnya, di dalam keyakinan yang separa sedar.. kita perlu teruskan usaha ini.

Hari ini, bermula dari pukul 9 malam tadi. Bermulanya jari-jari sei memetik dan menyusun ayat demi ayat membentuk satu sinopsis pengkhususan satu ceritera. Satu ceritera yang berdasarkan naluri idea. Alhamdulillah, masih sama seperti dulu.. menyiapkan satu sinopsis dengan masa selama 3 jam sahaja. Namun itu bukanlah dikatakan sebagai pemula kepada satu hasil karya. Banyak lagi step yang perlu dilalui dan ditempuhi.. sekurang-kurangnya ada channel yang mahu karya kita dipertontonkan. Di sinilah satu kesulitan yang biasa dilalui dan selalunya sei gagal untuk peroleh apa yang sepatutnya kita dapat.

Mungkin ini jugalah dikaitkan dengan apa yang berlaku seminggu lalu. 

Insha Allah, sei mohon ini pemula yang baik untuk tahun 2014. Malah sei telah bercakap dan berkata kepada diri sendiri, bahawa sekiranya ia beroleh prestasi yang amat baik, sei mohon Allah SWT tetapkan pendirian sei, bahawasanya sei mohon lunaskan 10 -15% hasilnya kepada badan kebajikan atau seumpama dengannya. Saya mahu mulakan sekali lagi dengan apa yang pernah sei lakukan beberapa tahun dahulu.

Jika ada rezeki kita, sudah tentu ada rezeki kepada orang lain juga. Segalanya kepada Allah juga permohonan sei. 

Sei telah pun mengemailkan sinopsis ini kepada sahabat sei. Kita tunggu perkembangannya kelak..

Selepas dia berminat dengan sinopsis, step yang kedua pula ialah  menghasilkan watak dan perwatakan karya tersebut. Seterusnya, treatment. Setelah bersetuju dengan treatment.. baru kita hasilkan skrip lengkap. Selepas skrip lengkap.. bermulanya shooting. Barulah karya ini akan di tayangkan pada channel yang membeli karya kita.

Kemudiannya, terpulanglah kepada penonton sama ada mengemari karya dan hasil tersebut. Apa yang pasti, inilah satu kerjaya yang paling lama saya tangguhkan sehingga sei telah di bawa kepada pengembaraan pemikiran yang amat keras sekali. Ia berkait rapat dengan kecenderungan dan pemikiran sei sejak dulu, terutamanya berkeinginan menjadi penulis skrip yang boleh membimbing diri sendiri dan manusia lainnya.


Insha Allah.


Comments