Saya seorang manusia yang selalu terharu dan sedih mendengar hal ehwal kematian. Tidak tahu apa sebabnya, saya hanya mudah menziarah ahli keluarga sesiapa juga yang telah meninggal dunia atau kembali ke Rahmatullah dari bercakap hal ehwal gembira, hampir persamaan namun berbeza ialah kisah perkahwinan.
Sei sukar untuk menghadiri majlis perkahwinan, sejujurnya.. bukan kerana kita tidak menerima majlis kegembiraan seumpama itu.. atau sebaliknya.. tetapi mungkin perihalnya.. kematian atau meninggal dunia, atau kembali ke Rahmatullah, seperti mendekatkan kita dengan Allah SWT.
Mengingati kematian memungkinkan kita untuk insaf, tunduk dan tawaduq. Orang kata kita mati, pendapat sei.. kita tidak mati.. kita bermula dengan objek yang tidak bernyawa, kemudian kita dihidupkan, kemudian kita dimatikan.. kemudiannya, kita dihidupkan.. yang akhirnya kita hidup untuk selamanya.. ketika itu hanya amalan bekalan diri. Subhanaullah, Amin.
TJ
Ikuti kisah Ammar di sini, pemuda yang dimuliakan.
Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ahmad antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah menziarahi pusaranya di Turki. Subhanallah! Bunga-bunga di atas pusaranya kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini.
HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.
Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.
Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.
Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.
Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.
Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.
Comments