Tulah.. bila cakap tak mahu dengar.. tengok apa jadi dah?



Hari ini, TUN DR MAHATHIR telah bersuara mengenai kos sara hidup dalam blognya. Tun Dr Mahathir mempersoalkan kerajaan kenapa menaikkan harga atau mengurangkan subsidi secara mengejut. Menurut Tun Dr Mahathir, kerajaan boleh Kerajaan boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga .

meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ iaitu dengan mengurangkan pembaziran.

Banyak yang dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak susulan laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya.

enjimatan boleh dilakukan sebanyak 50 peratus jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan agar kesan kenaikan cukai pintu dikaji terlebih dahulu.

Beliau turut mengulas mengenai kenaikan tarif elektrik yang ditetapkan pada kadar 15 peratus.

Menurut beliau, ia satu lonjakan besar kepada pengguna domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri dalam negara dan ia juga katanya wajar dinaikkan secara berperingkat.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang.

NAJIB RAZAK, Datuk Seri tak perlukan semua penasihat atau konsultan jutaan ringgit yang hanya mengejar KPI dan KEUNTUNGAN. Ambil lah nasihat Tun M yang lebih berguna.

Comments

Anonymous said…
TDM bukan belajar ekonomi macam pm. kat luar negara lagi. penasihat dan konsultan ramai yg belajar kat luar negara. pandai sungguh berbahasa inggeris. mereka ni undi ikut pandai mereka la. mana nak baca manifesto bn. mereka kira zalim, rasuah, dan rasis serta tidak liberal. so main ikut pandai macam imf dan bank dunia la kerja mereka. mana ada rakyat di hati mereka kerana ekonomi tak guna rakyat. guna permintaan dan penawaran, untung rugi. mana nak fikir macam TDM. ikut pandai kira dan analisa data, kerajaan akan bangkrap ikut data mereka. bukannya rakyat yg dipentingkan. rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan hanya cakap kosong, sedap telinga ajer. praktikal, kos sara hidup meningkat, kerajaan diutamakan, kerajaan didahulukan. harap ada tindakan yg positif daripada kerajaan pada tahun hadapan.