Dalam
siri ceramah umum saya, saya sering mengetengahkan aspek sejarah di
Negeri Sembilan agar generasi muda kenal sejarah mereka dan menghargai
pejuang-pejuang awal sejak negeri ini dibuka pada awal tahun 1500an.
Sejarah itu akan berulang. Mahkamah kangaroo telah wujud di Tanah Melayu
iaitu pada tahun 1883 di Rembau.

Dalam
Jurnal Warisan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia
cawangan N.Sembilan tahun 2000, menyebut iaitu pada 30 Mac 1883 Datuk
Lela Maharaja (Undang Rembau pada ketika itu) dipecat Inggeris selepas
dibicarakan dalam ‘mahkamah kangaroo’ dengan Sir Frederick Weld, Gabenor
Negeri-negeri Selat sebagai ‘hakim’ di Melaka.
Dalam Jurnal yang sama juga menyebut : Menurut Khoo Kay Kim , Negeri Sembilan sepatutnya bernama Rembau.
Mahkamah kangaroo serta perpecahan di kalangan orang Melayu telah wujud sejak dulu lagi bukan zaman kita sekarang ini sahaja, lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi pilihanraya.

Jurnal
tadi juga menyebut konflik dalaman dan peperangan ketika itu berlaku
akibat semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata
duitan.
Dari muka surat 103 Jurnal di bawah ini :
Konsep dan semangat yang diperingatkan oleh perbilangan di atas ini telah dirobohkan atas kesilapan pembesar Rembau sudi melantik Syed Shaaban, seorang 'bukan orang adat'. Beliau dilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau ke 3 dalam tahun 1832, di mana beliau merupakan orang yang telah menjualkan kerajaan Naning (sekutu kerajaan Rembau) kepada Inggeris dengan harga 500 ringgit Sepanyol.
Syed Shaaban telah merubah cara hidup pembesar Rembau dengan memperkenalkan amalan negatif yang bertentangan dengan nilai dan semangat hidup Adat Perpatih.
Nilai-nilai dan semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan. Akibat perubahan nilai komunalistik kepada individualistik dan materialistik yang diperkuatkan dengan pengenalan sistem mata wang maka berlaku konflik dalaman dan perang saudara digunakan semaksimanya oleh Inggeirs untuk menumbangkan dan memalukan kerajaan Rembau.
Sumber Jurnal dari http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00662.pdf

Comments